Perairan Semporna lubuk pemancing
Janjikan tangkapan lumayan pelbagai spesies ikan
MEMANCING ikan di Semporna, daerah yang terkenal dengan kekayaan hidupan laut memang menyeronokkan.
Selain terkenal dengan Pulau Mabul dan Sipadan yang begitu tersohor, perairan daerah berkenaan menjanjikan tangkapan ikan besar lagi lumayan.
Kaki pancing tegar, Vun V K berkata walaupun ada sesetengahnya merupakan kawasan larangan, apa jua cabaran yang berlaku sepanjang aktiviti memancing itu semuanya tidak diendahkan oleh kaki pancing sepertinya.
Paling dititikberatkan hanyalah hasil yang diinginkan berjaya diangkat dan senyuman kepuasan sudah tentu akan terukir di setiap bibir pemancing ini.
Dia yang tinggal di daerah Tawau dan acapkali turun memancing berkata, perairan Semporna merupakan kawasan yang hampir dengan lokasi botnya di Inderasabah, iaitu kirakira 40 minit untuk sampai ke destinasi.
Lokasinya yang dekat bagi penggemar memancing menjadikan Semporna dan lokasi sekitar cukup popular.
Selain itu, lokasi yang menjadi kegemaran pemancing ialah perairan antara Pulau Mabul dan Pulau Kapalai Semporna.
Cerita Vun lagi, dulu dia pernah bersama rakan-rakan memancing di perairan Inderasabah tetapi hasilnya memang berlainan dengan perairan Semporna.
Sementara itu, penulis yang berkesempatan menyertai sendiri aktiviti memburu ikan menggunakan kaedah ‘jigging’ di perairan Semporna bersama rakan-rakan memang menyeronokkan. Ikan AjiAji atau lebih dikenali dengan ‘Amberjack’
atau ‘King Fish’
yang merupakan ikan kegemaran para pemancing disebabkan daya lawannya, adalah spesies buruan utama di perairan Semporna. Ikan spesies ini jarang ditemui di perairan Inderasabah dan kawasan berhampirannya. Antara spesies lain yang berjaya dinaikkan adalah kerapu merah, kerapu, ikan putih sirip biru dan ikan ‘ruby snapper’.
Dengan kedalaman
100 hingga
150 meter, teknik ‘slow jigging’ dan ‘fast jigging’ tampak berhasil apabila seekor demi seekor ikan berjaya dinaikkan.