Persediaan hadapi UPSR
Murid SK Pantai jayakan Program Mantap Sahsiah Cemerlang
LABUAN: Seramai 80 murid Tahun Enam Sekolah Kebangsaan (SK) Pantai telah menjayakan Program Mantap Sahsiah Cemerlang UPSR anjuran pihak pentadbir dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Pantai.
Program selama empat hari tiga malam itu merupakan program julung kalinya diadakan di sekolah itu.
Menurut Guru Besar SK Pantai Mahani Hussin, program itu adalah untuk menyediakan murid-murid terbabit secara mental dan akademik bagi menghadapi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang akan bermula Isnin ini.
Beliau berkata, program itu juga untuk menilai kekuatan dan kelemahan pelajar dalam persiapan menghadapi peperiksaan.
Selain itu, ia boleh membaiki kelemahan sedia ada untuk meningkatkan prestasi akademik pelajar dengan pendedahan teknik menjawab soalan yang betul.
“Kita amat mengharapkan program ini dapat mencapai objektif untuk melahirkan pelajar yang cemerlang dari semua sudut sama ada akademik, akhlak, sahsiah mahu pun hubungan dengan manusia dan Maha Pencipta,” katanya.
Sepanjang program itu, peserta mengikuti beberapa acara termasuk kelas insentif malam, solat hajat berjemaah, mendaki Bukit Kubong, sukaneka, lawatan ke Muzium Marin Labuan, program cemerlang sahsiah dan dialog prestasi bersama ibu bapa.
Mahani turut meminta kerjasama ibu bapa dengan memastikan anak-anak hadir ke sekolah setiap hari, sentiasa memantau aktiviti anak-anak ketika mengulangkaji di rumah, pengurusan masa dan pergerakan anak, mengawal penggunaan gajet dan menonton televisyen.
“Pastikan mood peperiksaan anak-anak tidak terganggu. Luangkan lebih masa bersama ketika ulangkaji, solat, perasaan dan keperluan anak. Rehat yang mencukupi juga penting dengan pastikan tidur 7-8 jam sehari,” katanya.
Selain itu, penyediaan makanan yang berkhasiat, elakkan memakan makanan ringan dan bergas, menyediakan sarapan pagi sebelum ke sekolah, memastikan dietnya adalah seimbang dan mencukupi untuk membekalkan tenaga serta semangat untuk bertahan sepanjang hari.
Beliau berkata, analisis prestasi pencapaian dalam peperiksaan percubaan barubaru
“Pastikan mood peperiksaan anak-anak tidak terganggu. Luangkan lebih masa bersama ketika ulangkaji, solat, perasaan dan keperluan anak. Rehat yang mencukupi juga penting ” dengan pastikan tidur 7-8 jam sehari.
MAHANI HUSSIN Guru Besar SK Pantai
ini mengikut mata pelajaran tahun 2017 bagi SK Pantai menunjukkan peningkatan dalam lima mata pelajaran, iaitu Bahasa Melayu (Pemahaman), Bahasa Melayu (Penulisan), Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris.
Pada tahun ini, SK Pantai menyasarkan prestasi pencapaian yang memberangsangkan berdasarkan Gred Purata Sekolah (GPS) dalam UPSR skor pada 2.96 tahun ini berbanding 3.15 pada tahun lalu.
Mahani mengucapkan terima kasih kepada para penyumbang khususnya daripada ibu bapa dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Labuan (MAIWP).
“Terima kasih kepada semua guru SK Pantai yang turut menjayakan program ini sehingga berjaya,” katanya penuh semangat.
Sementara itu, Mohd Haikal, 12, melahirkan rasa gembira kerana dapat menyertai program motivasi itu.
“Saya yakin selepas menyertai program ini, saya boleh menjawab soalansoalan dengan lebih baik dan memperolehi keputusan yang diharapkan ibu bapa dan guru-guru,” katanya.