Utusan Borneo (Sabah)

Pastikan negara makmur, sejahtera

Kembangkan perpaduan ke generasi seterusnya

-

LUMADAN: Semangat perpaduan dan kerjasama bukan sahaja perlu dipertahan­kan tetapi penting untuk dikembangk­an daripada satu generasi kepada generasi akan datang.

Ahli Parlimen Sipitang Datuk Sapawi Ahmad berkata keharmonia­n dan kemakmuran tidak mungkin dapat dinikmati sekiranya semangat perpaduan dan kerjasama itu tidak dikembangk­an kepada generasi muda masa kini.

“Generasi muda perlu didekat dan dimesrakan dengan semangat seumpama itu agar mereka meneruskan semangat itu dan seterusnya mengembang­kannya kepada generasi seterusnya,” katanya ketika ditemui selepas menyempurn­akan Program Kenduri Sekampung sempena Hari Raya Haji di Masjid Kampung Lumadan pada Rabu.

Turut hadir sempena program itu, Pembantu Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Kamarlin Ombi, Ketua Pemuda Umno Sipitang Yamani Hafez Musa, Ketua Puteri Umno Sipitang Suzie Hamat, Ketua Bahagian Parti Besatu Sabah (PBS) Lumadan Haji Ruslan Muharam dan Pegawai Perhubunga­n Parlimen Sipitang Matbali Musah.

Sapawi menggesa rakyat

“Generasi muda perlu didekat dan dimesrakan dengan semangat seumpama itu agar mereka meneruskan semangat itu dan seterusnya mengembang­kannya kepada ” generasi seterusnya.

DATUK SAPAWI AHMAD Ahli Parlimen Sipitang

untuk mempertaha­nkan perpaduan yang sedia terjalin demi memastikan negara terus aman makmur dan sejahtera.

Beliau berkata usaha itu adalah penting bagi memastikan kerajaan dapat meneruskan agenda pembanguna­n yang diperlukan rakyat bagi membangunk­an negeri serta negara secara keseluruha­n.

“Ini (perpaduan) perlu dipertahan­kan oleh seluruh lapisan rakyat tidak kira agama, kaum dan bangsa agar Malaysia terus menjadi contoh negara yang aman dan harmoni hasil kesatuan rakyat.

“Justeru, pada kesempatan ini, marilah kita mengukuhka­n lagi silaturahi­m sesama kita dalam program-program yang berbentuk gotongroyo­ng demi manfaat semua pihak,” katanya.

Dalam pada itu, Sapawi turut mengingatk­an rakyat untuk terus mengekalka­n semangat kemerdekaa­n sepanjang masa sebagai tanda kesyukuran ke atas keamanan serta keharmonia­n yang dikecapi hari ini.

Jelas beliau, adalah penting untuk setiap rakyat Malaysia mengekalka­n semangat cinta dan sayang terhadap negara sehingga membolehka­n rakyat meraikan serta menunaikan apa jua sambutan dalam keadaan aman.

Dalam perkembang­an lain, Sapawi menyelar dakwaan pihak tertentu yang mengatakan projek pembinaan Lebuhraya Pan Borneo lewat siap mengikut jadual yang ditetapkan.

Katanya, dakwaan pihak tertentu itu hanya berniat jahat yang berusaha untuk menggagalk­an serta menidakkan pembanguna­n yang dilaksanak­an kerajaan Barisan Nasional (BN) ketika ini.

Jelasnya, perkara itu adalah tidak betul kerana Malaysia ketika ini dalam keadaan untuk mencapai status negara maju. Justeru, pelbagai usaha telah digerakkan bagi membangunk­an infrastruk­tur asas yang secara tidak langsung menyumbang kepada pembanguna­n ekonomi negara.

Sebanyak tujuh ekor lembu dikorban dan diagihagih­kan kepada penduduk yang beragama Islam di lima kampung di DUN Lumadan iaitu Kg Kerangan, Kg Batu 6, Kg Lumadan 1, Kg Lumadan Tengah dan Kg Jaya Baru.

 ??  ?? SAPAWI bersama Kamarlin dan Hafez serta penduduk kampung melaksanak­an ibadah korban di majlis itu.
SAPAWI bersama Kamarlin dan Hafez serta penduduk kampung melaksanak­an ibadah korban di majlis itu.
 ??  ?? SAPAWI diperhatik­an oleh Kamarlin dan Hafez mengagihka­n daging korban.
SAPAWI diperhatik­an oleh Kamarlin dan Hafez mengagihka­n daging korban.
 ??  ?? SAPAWI diperhatik­an oleh Hafez dan Roslan sedang melihat daging korban.
SAPAWI diperhatik­an oleh Hafez dan Roslan sedang melihat daging korban.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia