Utusan Borneo (Sabah)

Menghidupk­an semula legenda tragik

Dayang Isah Tandang Sari

-

TIDAK ramai rakyat Sarawak terutama dari kalangan generasi muda yang mengetahui kisah legenda Dayang Isah Tandang Sari, sebuah kisah tragik yang berlaku sewaktu kegemilang­an kerajaan Saribas suatu ketika dulu.

Ia menceritak­an tentang seorang gadis yang sangat cantik bernama Dayang Isah atau juga disebut sebagai Dang Isah.

Justeru Sekolah Seni Malaysia Sarawak (SSeMS) dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka Sarawak (DBP) cuba mengangkat kembali kisah legenda itu dengan menggunaka­n sepenuhnya kemahiran pelajar tingkatan lima bidang teater yang menggelark­an diri mereka Manira dan dibimbing jurulatih teater sekolah tersebut.

Pementasan teater Bangsawan Dayang Isah Tandang Sari akan menemui penonton pada 13 September depan di Auditorium SSeMS, Jalan Sultan Tengah, Kuching, pada jam 8 malam.

Menurut Pengurus Produksi Bangsawan Debra Emellyn Racha, beliau menyifatka­n lagenda Dang Isah sebagai sesuatu yang hebat setaraf legenda Mahsuri di Pulau Langkawi.

Ujarnya, tugas yang disandangn­ya bukan kecil kerana selain menjaga keaslian skrip karya Moh Azam Rezali itu, beliau juga harus memastikan pementasan teater Dang Isah benar-benar memiliki ciri-ciri Bangsawan Sarawak.

“Kami perlu mengkaji tentang Bangsawan Sarawak itu sendiri dan mengupas skrip Dayang Isah Tandang Sari ini semurni mungkin.

“Kami masih belajar dan keputusan mengangkat genre Bangsawan Sarawak ini bukanlah keputusan yang kecil.

“Namun jika kami tidak meneruskan warisan ini, siapa lagi?” katanya.

Sementara itu, menurut Pengarah Teater Olivia Lyra, seluruh rakyat Sarawak khususnya warga Kuching perlu menonton kisah warisan tersebut.

“Legenda ini adalah aset sastera negeri kita sebab itulah kita perlu mengetahui­nya.

“Bukan sekadar sehebat Mahsuri, kisah cinta Dayang Isah dan Awang Bunut setanding Uda dan Dara,” katanya.

Menurut Olivia lagi, beliau berasa cukup bertuah kerana pihak SSeMS terutamany­a Pengetua SSeMS Maseli Idi dan Penolong Kanan Kesenian SSeMS Reduan Taha memberi gala-kan untuk mereka menyambung warisan budaya bangsa dengan memperjuan­gkan Bang-sawan Sara-wak yang memiliki identiti tersendiri berban-ding bangsawan Tanah Melayu.

Malah soko-ngan dari-pada pihak DBP juga menjadi pembakar semangat mereka.

Rossterina Peter selaku pendokong watak Dayang Isah mengakui amat bimbang jika tidak mampu menggalas tugas itu dengan baik.

Namun bimbingan daripada pengarah dan para jurulatih, membuatkan beliau yakin dapat menjiwai watak terbaik sebaik mungkin.

MENCABAR

“Ini adalah cabaran terbesar bagi saya.

“Walaupun saya pernah membawakan watak besar seperti watak Puteri Jawa bernama Ken Tambohan dalam teater sebelum ini, namun Dayang Isah memberikan tekanan yang lebih bagi saya kerana ini adalah kisah legenda negeri Sarawak sendiri.

“‘Tagline’ “aku adalah mangsa kecantikan­ku” untuk bangsawan ini juga memberi tekanan kerana saya perlu cantik dari segi penampilan, pergerakan, tutur kata dan sifat-sifat dalaman,” jelasnya.

Guru pembimbing yang memastikan legenda ini dapat diangkat adalah Moh Azam Rezali, diban-tu Slyvester Keng serta Norhafiza Pandi selaku jurulatih teater tingkatan lima SSeMS.

Selain itu, tenaga mahir jurulatih lain seperti Andenn Zulkarnain, Nurain Lambertus, Amy Nuradini serta Ricky Kimwah selaku Ketua Bidang juga amat membantu bagi memastikan produksi ini dapat direalisas­ikan sempena Pentaksira­n Akhir Produksi SPM 2017.

Bangsawan Dayang Isah Tandang Sari berkisar mengenai kerajaan Saribas yang diterajui Datu Temenggong Kadir yang mem-punyai anak gadis bernama Dayang Isah yang sungguh can-tik.

Dayang Isah membesar sebagai gadis jelita yang disayangi ramai, namun hatinya telah dicuri Awang Bunut.

Terdapat bahagian rambut Dayang Isah yang ditumbuhi tujuh warna rambut dan apabila dewasa, Temenggong Kadir telah bermimpi agar meletakkan hantaran 10 kati emas bagi sesiapa yang berhasrat untuk mengahwini anak perempuann­ya itu.

Perkara tersebut amat mendukacit­akan Awang Bunut, tetapi tetap menggagahk­an diri untuk merantau mencari emas sebanyak itu demi mendapatka­n Dayang Isah.

Sepeningga­lan Awang Bunut, seorang nakhoda Bugis bernama Nakhoda Khar telah datang untuk mengahwini Dayang Isah dan dengan hantaran 10 kati emas, mereka pun dikahwinka­n.

Sebulan selepas perkahwina­nnya, Nakhoda Khar meneruskan aktiviti pelayarann­ya kembali ke Brunei. Sewaktu dia belayar,

Awang Bunut kembali ke Tandang Sari dengan membawa 10 kati emas untuk mengahwini Dayang Isah tetapi sudah terlambat.

Pertemuan terakhir Awang Bunut dan Dayang Isah itu telah disalahert­ikan oleh Nakhoda Khar yang berpatah balik kerana kerisnya tertinggal lantas membunuh Awang Bunut kerana cemburu. Dayang Isah cuba membunuh diri dengan keris Nakhoda Khar yang menikam Awang Bunut, akan tetapi keris tersebut tidak dapat menembusi perut Dayang Isah. Te-menggong Kadir kemudian membunuh Nakhoda Khar dan kisah berakhir dengan kematian Dayang Isah yang meruntun jiwa. Tiket bagi tayangan teater ini yang berharga RM10, RM20 dan RM30 boleh ditempah dengan meng-hubungi 016-5751063 (Dila), 0113174717­0 (Faza) atau 016-8660871 (Bunga), tetapi tempat adalah terhad.

 ??  ?? ANTARA pelakon-pelakon yang akan menjayakan pementasan teater Bangsawan Dayang Isah Tandang Sari pada 13 September depan.
ANTARA pelakon-pelakon yang akan menjayakan pementasan teater Bangsawan Dayang Isah Tandang Sari pada 13 September depan.
 ??  ?? ROSSTERINA PETER SEBAGAI DAYANG ISAH
ROSSTERINA PETER SEBAGAI DAYANG ISAH
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia