Fave sasar nilai transaksi sebanyak RM1 bilion menjelang akhir 2018 Rizab Antarabangsa Bank Negara sebanyak AS$100.5 bilion pada 30 Ogos
KUALA LUMPUR: Platform mudah alih dari dalam talian kepada luar talian (O2O), Fave, menyasarkan peningkatan sebanyak RM1 bilion dan sehingga lebih daripada 100,000 peniaga di Asia Tenggara menjelang akhir 2018.
Pengasasnya, Joel Neoh berkata Fave, aplikasi mudah alih bagi makanan dan minuman di Asia Tenggara, mempunyai 8,000 peniaga di rantau tersebut.
“Kami telah menjana lebih daripada RM200 juta dalam transaksi sejak kami mula beroperasi pada Julai 2016 dan dengan FavePay, sasaran itu akan dapat dicapai pada tahun depan,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran FavePay di sini semalam.
Joel berkata, seramai 500 peniaga di Lembah Klang dan lebih 200 lagi, di Singapura telah mendaftar sebagai peniaga semasa fasa perintis aplikasi itu selama tiga bulan sebelum ini.
“Sebagai sebuah syarikat tempatan, kami memberi tumpuan kepada inovasi untuk berjaya di Kuala Lumpur kerana kepelbagaiannya mencerminkan keadaan di Asia Tenggara,” katanya.
Platform Fave juga terdapat di Pulau Pinang, Melaka, Johor, Kuching dan Kota Kinabalu.
Melangkah ke hadapan, Joel berkata FavePay mahu bekerjasama dengan aplikasi dompet mudah alih yang lain untuk menarik lebih ramai orang menggunakan kaedah pembayaran tanpa tunai. — Bernama KUALA LUMPUR: Rizab Antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) sebanyak AS$100.5 bilion (RM431.7 bilion) pada 30 Ogos 2017.
“Paras rizab ini memadai untuk membiayai 7.8 bulan import tertangguh dan 1.1 kali hutang luar negeri jangka pendek,” kata BNM dalam satu kenyataan semalam.
Komponen utama rizab antarabangsa ialah rizab mata wang asing (AS$94.0 bilion), kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (AS$0.8 bilion), peruntukan hak pengeluaran khas (SDR) (AS$1.2 bilion), emas (AS$1.5 billion) dan aset rizab lain (AS$3.0 bilion).
Aset-aset termasuk emas dan tukaran asing serta rizabrizab lain termasuk SDR (RM431.655 bilion), kertas Kerajaan Malaysia (RM5.355 bilion), deposit dan institusi kewangan (RM6.074 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM7.822 bilion), tanah dan bangunan (RM2.113 bilion) dan aset lain (RM7.382 bilion). — Bernama