Utusan Borneo (Sabah)

DUA ZON BAHAYA

Zon Tawau dan Sandakan ‘Zon Merah’ JPN

- Oleh AMIR ANUAR

TAWAU: Zon Tawau dan Sandakan disifatkan ‘Zon Merah’ Jabatan Pendaftara­n Negara (JPN) yang menuntut para penjawat jabatan itu supaya lebih berhati-hati dan berwaspada.

Pengarah Jabatan Pendaftara­n Negara (JPN) Sabah Datuk Ismail Ahmad berkata kehadiran jumlah warga asing yang besar di zon terbabit juga disifatkan situasi unik.

“Kedua-dua zon inilah yang paling berbahaya (di Sabah) dan saya sifatkan sebagai ‘Zon Merah’ kerana di sekeliling­nya terdapat ramai warga asing,” katanya di sini pada Sabtu.

Ismail berkata demikian pada Majlis Lafaz Ikrar Banteras Rasuah (IBR) JPN Zon Tawau dan Sandakan di sini, melibatkan 105 pegawai dari kedua-dua zon berkenaan.

Beliau berkata situasi itu menuntut pegawaipeg­awai dan kakitangan JPN Sabah supaya berhati-hati khususnya ketika ada pihak yang menawarkan sogokan ataupun rasuah.

“Berdasarka­n bancian terkini yang dijalankan di negeri ini, terdapat seramai 3.2 juta rakyat direkodkan dan daripada jumlah itu seramai 2.5 juta warganegar­a Malaysia.

“Manakala baki kira-kira 800,000 lagi warga asing yang sebahagian­nya berada di Zon Tawau dan Sandakan,” katanya.

Ismail berkata, antara punca lebih ramai warga asing berada di kedua-dua zon terbabit disebabkan oleh faktor mereka bekerja di sektor perladanga­n, pembalakan dan perikanan.

Menurutnya, faktor geografi Zon T awau dan Sandak anyang terletak bersempada­n dengan Indonesia dan Filipina juga memberikan kesan terhadap kehadiran pendatang tanpa izin.

“Ada juga di antara rakyat bukan warganegar­a yang berada di negeri ini terdiri daripada golongan tenaga kerja mahir, pelancong dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata, kepelbagai­an latar belakang masyarakat menuntut pegawai-pegawai JPN supaya lebih berhati-hati khususnya dengan warga asing yang mahu menukar kerakyatan dan tinggal di negara ini.

Situasi itu termasukla­h dengan warga asing yang mencari peluang menukar fakta dokumentas­i mereka dan menumpangk­an anak yang baharu lahir dengan rakyat tempatan.

“Mereka sebenarnya tidak boleh dengan sewenangwe­nangnya melakukan perkara itu semua kecuali apabila ada pegawai yang menjalanka­n tugas di luar pertimbang­an mereka.

“JPN tidak lari daripada unsur-unsur begini kerana di sekeliling kita ramai orang yang terdesak untuk mendapatka­n dokumen dengan pelbagai cara termasuk sogokan,” katanya.

Ditanya usaha JPN membersihk­an reputasiny­a sebagai sebuah jabatan kerajaan yang boleh dipercayai pula, Ismail berkata JPN Sabah sudah bersedia ke arah matlamat itu.

Antaranya, JPN Sabah kini sudah mula menggunaka­n pendekatan memasukkan data ke dalam sistem atas talian berbanding kaedah manual yang dipraktikk­an sebelum ini.

“Semua urusniaga JPN kini dijalankan dalam bentuk ‘sistem pengkomput­eran’ dan itu usaha kita untuk membendung segala elemen yang tidak baik,” katanya.

Beliau berkata pendekatan manual seperti sebelum ini membolehka­n ada pihak yang mengambil kesempatan menyorokka­n fail atau dokumen dan sebagainya, tetapi dengan kaedah terkini perkara itu boleh diatasi.

Sehubungan itu, Ismail menyeru pegawai-pegawai dan kakitangan JPN Sabah supaya mempertaha­nkan reputasi organisasi itu sebagai sebuah badan yang dipercayai.

“Cubalah elak daripada ‘membantu’ orang yang tidak sepatutnya, lebih-lebih lagi meminta dan menerima rasuah yang merosakkan keseluruha­n ‘sistem’ negara,” katanya.

 ??  ?? ISMAIL memerhatik­an Pengarah SPRM Sabah Dato’ Sazali Salbi menandatan­gani IBR JPN Sabah sebagai saksi.
ISMAIL memerhatik­an Pengarah SPRM Sabah Dato’ Sazali Salbi menandatan­gani IBR JPN Sabah sebagai saksi.
 ??  ?? SERAMAI 105 pegawai JPN Sabah Zon Tawau dan Sandakan mengangkat ikrar IBR.
SERAMAI 105 pegawai JPN Sabah Zon Tawau dan Sandakan mengangkat ikrar IBR.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia