Utusan Borneo (Sabah)

Pengumuman finalis AF Megastar di Astro Ria malam ini

Di Astro Ria malam ini

-

SUKA atau tidak, harus diakui bahawa pengaruh dan populariti kebangkita­n program realiti khususnya jenama Akademi Fantasia atau AF sukar dinafikan.

Dilihat sebagai permulaan segala-galanya dan cukup tepat untuk diangkat sebagai perintis kepada evolusi penerbitan program hiburan di negara ini, jenama AF masih kekal utuh di hati peminat seni tanah air walaupun sudah bersiaran selama 13 buah musim sebelum ini.

Bertitik tolak pada kemasyhura­n AF, Astro mengorak langkah menghimpun­kan semula bintang-bintang program itu dalam edisi khas AF Megastar untuk musim terbaharu yang bertujuan mengembali­kan semula momen-momen manis yang pernah dilalui.

Dan pada minggu lepas, tirai AF Megastar dibuka secara rasmi dengan Konsert Homecoming AF Megastar (Bahagian 1) yang menyaksika­n 12 bintang alumni AF yang terdiri daripada Adam, Bob, Zahid, Idayu, Marsha, Mila, Amir Jahari, Sufie Rashid, Azhar, Ewal, Firman dan Ara berentap bagi merebut tempat ke peringkat seterusnya.

Kesemua bintang cukup bersemanga­t memberikan persembaha­n yang hebat walaupun ada di antara mereka gagal mencapai piawaian yang diletakkan oleh pihak juri.

Ternyata penonton baik di dewan mahupun di rumah begitu teruja dengan kemunculan bintang-bintang AF yang lama menyepi sekaligus mengimbau memori lama terutamany­a apabila pengacara kesayangan ramai, Datuk Aznil Haji Nawawi atau cukup dikenali dengan nama Pak Nil kembali mengemudik­an pentas AF.

Bob, Idayu, Amir Ja- hari dan Marsha merupakan antara bintang yang dikatakan paling menyerlah sewaktu berlangsun­g konsert tersebut.

Bob yang membawakan lagu ‘Bukan Cinta Biasa’ nyanyian asal oleh penyanyi dari seberang, Afgan menjadi bintang pertama yang membuka pentas dengan persembaha­n memukau sehingga mendapat tepukan gemuruh daripada penonton dan pujian juri. Manakala Idayu juga turut menyerlah dengan lagu ‘Hurt’ nyanyian asal oleh Christina Aguilera sehingga mendapat ‘standing ovation’ sejurus beliau membuat persembaha­n.

Bintang yang pernah digugurkan sewaktu AF9, Amir Jahari juga turut memukau penonton dan juri profesiona­l dengan persembaha­n yang begitu ikhlas dan menyentuh jiwa apabila beliau mempertaru­hkan lagu ciptaannya sendiri, Aku Juga Manusia untuk didedikasi­kan kepada adiwira-adiwira jalanan.

Manakala Marsha pula memberikan persembaha­n yang tidak dapat dilupakan menerusi lagu sendiri ‘Untuk Terakhir Kali’.

Giliran 12 lagi bintang yang bakal membuat persembaha­n sewaktu Konsert Homecoming AF Megastar (Bahagian 2) pada malam ini iaitu Adira, Anding, Syamel, Indah Ruhaila, Faizal, Faizul, Amylea, Nubhan, Shahir, Rosma, Amir dan Aril.

Keputusan penuh jumlah bintang yang bakal mara ke pusingan seterusnya akan diumumkan sebelum tamat konsert malam ini.

Program AF Megastar disiarkan secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123) dari Royal Theater, Shah Alam, pada setiap Ahad jam 9 malam.

 ??  ?? BOB
BOB
 ??  ?? IDAYU
IDAYU
 ??  ?? AMIR JAHARI
AMIR JAHARI
 ??  ?? MARSHA
MARSHA
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia