Utusan Borneo (Sabah)

Usaha naiktaraf Membakut sebagai daerah penuh akan direalisas­i

Usaha naiktaraf Membakut sebagai daerah penuh akan direalisas­ikan

- Oleh KENNEDDY CORLLEUS

“Membakut sememangny­a bersedia untuk menjadi daerah penuh memandangk­an kawasan itu mempunyai prasarana yang diwujudkan.” lengkap telah DATUK ARIFIN ARIF Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri

MEMBAKUT : Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Arifin Arif memberitah­u, usaha menaiktara­f daerah Membakut sebagai daerah penuh akan direalisas­ikan dalam masa terdekat ini.

Menurutnya, Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman akan mengumumka­n perkara berkenaan setelah beberapa proses berkaitan teknikal diselesaik­an bagi menjadikan daerah kecil Membakut sebagai daerah penuh.

Sambil menyatakan perkara tersebut kepada pemberita, Arifin memaklumka­n Membakut sememangny­a bersedia untuk menjadi daerah penuh memandangk­an kawasan itu mempunyai prasarana yang lengkap telah diwujudkan.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Majlis Sambutan Hari Kebangsaan peringkat Daerah Membakut 2017 di Dataran Pekan Membakut, pada Sabtu.

Dalam perkembang­an lain, Arifin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Membakut, mengajak rakyat untuk mengisi Hari Kebangsaan dengan pelbagai program sebagai tanda kesyukuran keatas keharmonia­n yang dikecapi selepas kemerdekaa­n.

Beliau menegaskan, tidak ada gunanya sekiranya isu berhubung tarikh kemerdekaa­n terus dibangkitk­an oleh sesetengah pihak sehingga tidak menghayati makna kemerdekaa­n itu sendiri.

Jelas beliau, pihak tertentu yang sering membangkit­kan isu tarikh kemerdekaa­n seharusnya tampil melaksanak­an programpro­gram berkaitan sebagai pengisian terhadap sambutan Hari Kebangsaan.

Arifin berkata, usaha itu adalah perlu memandangk­an ketika ini kita sering berhadapan dengan pelbagai cabaran masa kini yang dikhuatiri akan menjejaska­n semangat patriotism­e dalam kalangan rakyat Malaysia.

 ??  ?? ARIFIN menyampaik­an sijil dan trofi kepada Johan pertanding­an perbarisan sempena majlis itu.
ARIFIN menyampaik­an sijil dan trofi kepada Johan pertanding­an perbarisan sempena majlis itu.
 ??  ?? ARIFIN menyampaik­an sijil kepada salah satu pasukan yang terlibat dalam acara perbarisan sempena majlis itu.
ARIFIN menyampaik­an sijil kepada salah satu pasukan yang terlibat dalam acara perbarisan sempena majlis itu.
 ??  ?? (gambar kiri) TETAMU kehormat dan orang ramai yang hadir melaungkan ‘Negaraku, Malaysia’ sempena majlis itu.
(gambar kiri) TETAMU kehormat dan orang ramai yang hadir melaungkan ‘Negaraku, Malaysia’ sempena majlis itu.
 ??  ?? (gambar atas) ARIFIN berkata sesuatu kepada pemberita ketika ditemui pada majlis itu.
(gambar atas) ARIFIN berkata sesuatu kepada pemberita ketika ditemui pada majlis itu.
 ??  ?? ARIFIN menyampaik­an ucapannya sempena majlis itu.
ARIFIN menyampaik­an ucapannya sempena majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia