Utusan Borneo (Sabah)

M’sia lakukan apa yang termampu bantu tangani isu Rohingya

M’sia lakukan apa yang termampu bantu tangani isu Rohingya

-

“Mengikut Pesuruhjay­a Tinggi Bangladesh ke Malaysia, mutakhir ini bilanganny­a (pelarian Rohingya) lebih kurang 350,000 orang yang sudah berpindah dan terpaksa melarikan diri ” ke Bangladesh. DATUK SERI NAJIB TUN RAZAK Perdana Menteri

PETALING JAYA: Malaysia tidak akan membiarkan kerajaan Bangladesh bersendiri­an dalam menangani isu pelarian Rohingya di sempadan Bangladesh-Myanmar, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata Malaysia akan melakukan apa yang terdaya bagi memberikan bantuan kemanusiaa­n kepada mereka.

“Mengikut Pesuruhjay­a TinggiBang­ladeshkeMa­laysia, mutakhir ini bilanganny­a (pelarian Rohingya) lebih kurang 350,000 orang yang sudah berpindah dan terpaksa melarikan diri ke Bangladesh.

“Dan di Bangladesh dah ada 500,000 sedia ada orang Rohingya yang melarikan diri sebelum ini, jadi skala malapetaka ini amat besar,” katanya kepada pemberita selepas melepaskan Misi Kemanusiaa­n - Negaraku Prihatin di Pangkalan Udara TUDM Subang di sini, pada Sabtu.

Bantuan makanan dan keperluan seberat 12 tan dihantar ke Chittagong di Bangladesh dengan dua pesawatA40­0MTenteraU­dara Diraja Malaysia (TUDM).

Perdana menteri berkata satu pasukan peninjau akan turut dihantar ke Dhaka, Bangladesh pada Isnin depan untuk berbincang dengan kerajaan Bangladesh mengenai tindakan susulan yang boleh dilakukan dalam membantu pelarian etnik Rohingya.

Beliau berkata seramai 35 sukarelawa­n iM4U akan turut dihantar dalam misi kemanusiaa­n itu.

“Terima kasih kepada kerajaan Bangladesh kerana memberikan kerjasama yang sangat baik untuk (Malaysia) melaksanak­an misi kemanusiaa­n ini,” katanya.

Najib berkata Malaysia terpanggil untuk melaksanak­an misi kemanusiaa­n memandangk­an malapetaka yang menimpa etnik Rohingya telah sampai ke tahap begitu dahsyat sekali.

“Kita tak boleh pandang ringan kerana laporan kita terima mereka sedang dizalimi tanpa belas kasihan dengan tindakan yang tidak ada unsur kemanusiaa­n sama sekali.

“Sebaliknya memang dilakukan dengan terancang supaya mereka ini didera dan dizalimi, dibunuh, dirogol dan segala angkara yang mengerikan,” katanya. Najib berkata beliau akan turut membangkit­kan mengenai krisis kemanusiaa­n itu ketika bertemu Presiden Amerika Syarikat Donald Trump pada Selasa ini.

“(Saya) akan bangkitkan perkara ini tetapi dalam pertimbang­anbeliau(Trump) banyak lagi cabaran lain termasuk masalah ketegangan dengan Korea Utara dan lainlain,” katanya.

Ditanya sama ada anugerah nobel keamanan Kaunselor negara Myanmar Aung San Suu Kyi perlu ditarik balik, Najib berkata: “Itu adalah isu berbeza, tetapi respons oleh kerajaan Myanmar adalah mengecewak­an”.-Bernama

 ??  ?? PERDANA Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memegang poster ‘Negaraku Prihatin’ pada perasmian majlis pelepasan penghantar­an misi bantuan kemanusiaa­n untuk Rohingya yang menggunaka­n pesawat A400M Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Pangkalan Udara...
PERDANA Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memegang poster ‘Negaraku Prihatin’ pada perasmian majlis pelepasan penghantar­an misi bantuan kemanusiaa­n untuk Rohingya yang menggunaka­n pesawat A400M Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Pangkalan Udara...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia