Utusan Borneo (Sabah)

Penglibata­n ibubapa dalam program motivasi perlu

-

KUDAT: Ketua Wanita Umno Kudat Datuk Aminah Ambrose menggesa para ibubapa dan penjaga pelajar agar melibatkan diri secara langsung dalam program-program pembanguna­n sahsiah dan akademik pelajar yang dianjurkan oleh agensi kerajaan ataupun pihak sekolah.

Beliau berkata, kehadiran ibubapa berserta ahli-ahli PIBG dalam suatu perkumpula­n atau majlis ilmu di sisi anak-anak adalah menjadi suatu sentuhan ajaib kepada anak-anak berkenaan.

Katanya, melalui cara ini akan memberi motivasi dan peransang dalam ke arah mewujudkan pelajar-pelajar cemerlang bukan sahaja akademik malah aspek pembanguna­n kendiri anak-anak itu.

Tambah beliau, untuk melahirkan murid cemerlang, guru memainkan peranan penting untuk membentuk insan seimbang dan peribadi unggul, lebih-lebih lagi dalam keadaan sekarang yang mengejar material dan kemajuan.

“Guru juga perlu berganding bahu dengan masyarakat setempat untuk membangunk­an modal insan dan diperkukuh­kan lagi dengan akhlak dan nilai terpuji,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Motivasi Bicara Ilmu bagi murid-murid SK Tun Datu Mustapha dan SK Pekan Dua di Kudat pada Sabtu.

Program tersebut untuk memberi motivasi kepada calon-calon yang menduduki UPSR 2017 pada hari Isnin ini.

Hadir sama PPD Kudat Cikgu Syarif Azad, murid-murid dan guru-guru.

Aminah turut menegaskan bahawa tiada jalan pintas untuk mencapai kejayaan khususnya dalam bidang pelajaran.

Jelasnya, setiap diri pelajar perlu ada pengorbana­n dan usaha tanpa henti untuk menggapai kejayaan dengan menjadikan kejayaan serta pencapaian tokoh-tokoh ternama dalam negara serta luar negara yang mecapai kegemilang­an dan berada di puncak dengan hasil kerja keras serta menuntut ilmu tanpa henti.

Aminah juga berharap program itu diharap mampu memberi perubahan besar kepada murid dari segi tingkah laku dan minda agar lebih positif dalam pelajaran.

“Program ini bertujuan mencetuska­n kesedaran mengenai peranan dan tanggungja­wab mereka sebagai murid.

“Ia diharap mampu meniupkan semangat untuk belajar serta bertekad lulus dengan cemerlang. Semoga ia menjadi platform kepada mereka untuk mengubah tingkah laku bagi menghadapi UPSR.

 ??  ?? AMINAH bergambar kenangan bersama murid-murid SK Tun Datu Mustpaha Kudat.
AMINAH bergambar kenangan bersama murid-murid SK Tun Datu Mustpaha Kudat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia