Utusan Borneo (Sabah)

Ahli Kenarianz jayakan Program Konvoi Muhibbah

- Oleh NOORASVILL­A MUHAMMA

SANDAKAN: Kelab Kenarianz Sandakan telah mengadakan Program Konvoi Muhibbah Sambutan Hari Kemerdekaa­n ke-60 tahun Sambil Beramal ke Persatuan Orang-Orang Buta Sabah di Taman Cahaya, barubaru ini.

Menerusi program itu, ahli-ahli Kenarianz memulakan konvoi dari Bandar Mid Town, Batu 4 di sini seawal 7.30 pagi menuju ke Taman Cahaya di Batu 12.

Turut diadakan, Pertanding­an Hiasan Jalur Gemilang sempena Sambutan Hari Kemerdekaa­n ke-60 tahun pada kenderaan ahli Kenarianz.

Timbalan Presiden Kenarianz Sandakan, Ajrin Kasirin dalam ucapannya melahirkan penghargaa­n kepada pihak pentadbir dan pengurusan serta warga Taman Cahaya kerana sudi menerima kunjungan mereka setiap tahun.

Katanya, Kelab Pemilik Perodua Kenari Malaysia atau lebih dikenali sebagai Kenarianz Malaysia merupakan sebuah kelab permotoran yang diwujudkan untuk mengumpul pemilikpem­ilik kenderaan Perodua Kenari seluruh Malaysia dan seterusnya mengadakan pelbagai aktiviti sesama ahli dengan tujuan untuk menyatukan masyarakat melalui minat yang sama.

Jelasnya, tujuan utama kehadiran kelab itu ke Taman Cahaya Sandakan adalah sebagai satu bentuk program yang telah dirangka bagi mendekatka­n dan merapatkan lagi ahli kelab dengan warga Taman Cahaya.

Dalam masa yang sama, mereka dapat mengetahui informasi dan mempelajar­i serba sedikit mengenai aktiviti dan program yang dijalankan oleh penghuni Taman Cahaya.

Pada program itu, ahli Kenarianz turut membawa bersama dan menanam benih pokok di sekitar kawasan Taman Cahaya sebagai simbolik persahabat­an diantara Kelab Kenarianz dan warga Taman Cahaya.

Hadir sama, Penyelaras Program Lawatan Amal itu, Zulhisham Abdullah dan Mardi Mawir, Pengurus Taman Cahaya S anda kan, Haji Ibrahim Abd Hamid serta warga Kenarianz Sandakan serta warga Taman Cahaya Sandakan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia