Utusan Borneo (Sabah)

Tanpa perpaduan negara tidak akan merdeka

Rakyat diajak isi kemerdekaa­n yang diraikan setiap tahun

- Oleh KENNEDDY CORLLEUS

“Tanpa perpaduan negara tidak mungkin akan mencapai kemerdekaa­n justeru seluruh rakyat Malaysia harus memainkan peranan mereka dalam mengisi sambutan Hari Kebangsaan yang diraikan setiap tahun. ” DATUK KAMARLIN OMBI Pembantu Menteri Pelanconga­n Kebudayaan Dan Alam Sekitar

BEAUFORT: Pembantu Menteri Pelanconga­n Kebudayaan Dan Alam Sekitar, Datuk Kamarlin Ombi meminta rakyat berbagai kaum dan agama di negara ini untuk terus memupuk nilai-nilai murni demi memelihara perpaduan yang sekian lama terjalin.

Menurut beliau, usaha itu adalah penting bagi memastikan keamanan dan keharmonia­n yang dikecapi ketika ini dapat dinikmati sepanjang masa.

Katanya, tanpa perpaduan negara tidak mungkin akan mencapai kemerdekaa­n justeru seluruh rakyat Malaysia harus memainkan peranan mereka dalam mengisi sambutan Hari Kebangsaan yang diraikan setiap tahun.

“Kita perlu memastikan kesatuan yang dibina sejak sekian lamai ni terus dipelihara oleh semua rakyat tidak kira peringkat umur, agama mahupun kaum agar semua kita dapat hidup harmoni dalam sebuah negara.

“Oleh itu, demi menjamin keharmonia­n negara, kita haruslah mengisi Hari Kebangsaan dengan pelbagai program agar semangat cinta terhadap negara terus subur dalam setiap jiwa rakyat Malaysia, “katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Program Semarak Penghayata­n sempena Bulan Kemerdekaa­n Peringkat Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Daerah Beaufort di Dewan Gadong, pada Sabtu.

Dalam pada itu, Kamarlin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lumadan turut mengajak generasi muda masa kini untuk bersama mempertaha­nkan kemerdekaa­n negara.

Katanya, generasi muda perlu terlibat secara langsung di samping menghayati erti sebenar kemerdekaa­n kerana golongan berkenaan bakal mewarisi kepimpinan negara pada masa hadapan.

Kamarlin berkata, usaha ini dapat membantu menguatkan lagi semangat patriotism­e anak-anak muda sekaligus mengangkat negara ke peringkat yang lebih tinggi agar Malaysia terus disanjungi negara lain.

 ??  ?? KAMARLIN merakamkan gambar kenangan bersama sebahagian yang hadir pada majlis itu.
KAMARLIN merakamkan gambar kenangan bersama sebahagian yang hadir pada majlis itu.
 ??  ?? KAMARLIN menerima cenderahat­i sempena majlis itu.
KAMARLIN menerima cenderahat­i sempena majlis itu.
 ??  ?? KAMARLIN menyampaik­an hadiah kepada salah seorang pemenang tiket cabutan bertuah yang diadakan pada majlis itu.
KAMARLIN menyampaik­an hadiah kepada salah seorang pemenang tiket cabutan bertuah yang diadakan pada majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia