Utusan Borneo (Sabah)

Kelab KPLB hulur sumbangan mangsa kebakaran

- Oleh SALMAN ABADI

MATUNGGONG: Kelab Kementeria­n Pembanguna­n Luar Bandar (KPLB) Sabah menyampaik­an sumbangan kepada seorang kakitangan­nya yang ditimpa musibah bencana kebakaran rumah di Kampung Tuid Matunggong pada 6 September lalu.

Sumbangan berupa bantuan kewangan disampaika­n oleh lapan orang ahli rombongan diketuai wakil Setiausaha Kelab KPLB, Ag Usli Haji Salleh kepada Linda Mogesal yang bertugas di Pusat Kemahiran Masyarakat (PKM) Pinawantai Matunggong.

Majlis penyerahan sumbangan itu diadakan di bangunan PKM Pinawantai, baru-baru ini.

Ag Usli berkata, Linda Mogesal merupakan seorang kakitangan KPLB sejak 1996 dan kini yang bertugas sebagai Pembantu Pegawai Latihan di Pusat Kemahiran Masyarakat Pinawantai, dalam Daerah Kecil Matunggong.

Katanya, bagi pihak Kelab KPLB berharap dengan bantuan kewangan yang tidak seberapa itu semoga dapat meringanka­n sedikit beban keluarga mangsa bencana kebakaran tersebut.

Ketika ditemui pada majlis itu, Linda berkata pada 6 September lalu, beliau balik dari tempat kerja (pejabat PKM Pinawantai) kira-kira jam 4.45 petang.

Setibanya di rumah, beliau terus mengambil anak lelakinya yang berumur 29 tahun dan mereka terus ke kebun untuk menyiram bunga dan mengangkat getah kentalan yang terletak kira-kira dua kilometer dari rumah mereka.

“Tidak lama selepas itu, kami dimaklumka­n oleh abang sulung yang datang ke kebun mengatakan yang rumah kami telah terbakar”, katanya yang masih bersedih dengan tragedi itu namun tetap pasrah dengan ketentuanN­ya.

Menurutnya, kejadian kebakaran yang berlaku kira-kira jam 5.15 petang itu bukan sahaja memusnahka­n keseluruha­n rumahnya tetapi turut terbakar ialah rumah mendiang ibunya yang terletak bersebelah­an pada jarak kira-kira satu meter.

“Keseluruha­n dua rumah kayu itu telah musnah terbakar dan semua harta benda lain gagal diselamatk­an”, katanya sambil menjelaska­n pihak bomba dari Balai Bomba Kudat mengambil masa yang lama untuk tiba kerana jarak ke Kampung Tuid Matunggong dari Pekan Kudat ialah 42 kilometer.

Menurut Linda yang juga seorang ibu tunggal dan mempunyai tiga orang anak, jumlah kerugian akibat kebakaran itu dianggarka­n lebih RM200,000.

Justeru, Ag Usli menyeru kepada sesiapa yang ingin menyumbang­kan seikhlas hati, bolehlah menghubung­i Linda melalui telefon 011-1540 6410 atau datang ke Pusat Kemahiran Masyarakat (KPLB) Pinawantai Matunggong.

 ??  ?? AG USLI bersama rombongan Kelab KPLB Sabah menyerahka­n sumbangan kepada Linda Mogesal (empat kiri).
AG USLI bersama rombongan Kelab KPLB Sabah menyerahka­n sumbangan kepada Linda Mogesal (empat kiri).
 ??  ?? ANGGOTA bomba Kudat memeriksa di lokasi kebakaran rumah Linda di Kg Tuid Matunggong yang terletak 42 kilometer dari Balai Bomba dan Penyelamat Kudat.
ANGGOTA bomba Kudat memeriksa di lokasi kebakaran rumah Linda di Kg Tuid Matunggong yang terletak 42 kilometer dari Balai Bomba dan Penyelamat Kudat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia