Utusan Borneo (Sabah)

740 murid calon UPSR terima sumbangan

- Oleh SHAMRY M SANI

KUNAK: Kerajaan sentiasa memberi fokus kepada kemajuan pendidikan negara terutamany­a penyediaan pendidikan di peringkat awal persekolah­an.

Ketua Puteri Umno Silam Zuraidah Asdain berkata, persediaan awal persekolah­an berupaya melahirkan modal insan berilmu dan menyumbang ke arah pembentuka­n warga minda kelas pertama bagi menjana kemajuan negara.

Beliau berkata, untuk mencapai hasrat ini, ia memerlukan dorongan dan sokongan ibu bapa dan guru-guru kepada anak-anak untuk terus berjaya.

“Kejayaan anak-anak sama ada dalam bidang kurikulum mahupun korikulum bergantung kepada peranan, komitmen, keprihatin­an, kasih sayang dan kesungguha­n ibu bapa dan guru-guru.

“Anak-anak akan mengalami proses pembudayaa­n ilmu, disiplin, sahsiah kepimpinan dan kerohanian secara formal di sekolah.

“Harapan kita kepada guru-guru sentiasa meningkat. Bagaimanpu­n, proses ini perlu konsisten dan berkesinam­bungan di rumah secara informal yang akan dipantau sepenuhnya oleh ibu bapa, selain bantuan moral dan dorongan daripada masyarakat khususnya pemimpin masyarakat,” ujarnya.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Program Munajat Perdana dan Sumbangan Alat Tulis kepada Calon UPSR 2017 Peringkat Daerah Kunak pada Jumaat.

Hadir sama Pegawai Pendidikan daerah Kunak Raduan Abdul Rahman, Timbalan Pegawai Pendidikan daerah Kunak Ustaz Abu Samah Abu Bakar, Ketua Penyelaras Umno DUN Kunak Kassim Ajirul, Pengerusi Majlis Guru Besar daerah Kunak Nulhakim Saman yang juga Guru Besar SK Kunak 1, guru-guru besar daripada 15 buah sekolah, murid-murid calon UPSR 2017 dan ibu bapa.

Program berkenaan merupakan anjuran Unit Pendidikan Islam dan Penglibata­n Ibu Bapa dan Komuniti Pejabat Pendidikan Daerah Kunak.

Dalam majlis itu, Puteri Umno Silam telah menyumbang peralatan alat tulis kepada murid-murid calon UPSR 2017 seramai 740 orang daripada 15 buah sekolah rendah di daerah Kunak.

Sumbangan untuk tabung dana unggul sebanyak RM1,000 dan Puteri Umno Silam akan menaja lima orang pelajar Anugerah Pelajar Cemerlang UPSR 2017.

Menurut Zuraidah, program ini bertepatan dengan hala tuju Puteri Umno iaitu menitik beratkan aspek pendidikan di kalangan anak-anak bangsa dan program menyusur akar dalam usaha membantu yang memerlukan bantuan termasukla­h bantuan peralatan.

Jelas beliau, Program Back To School merupakan acara tahunan setiap tahun sejak awal penubuhan Puteri Umno lagi, di mana setiap tahun, 100 beg akan diagihagih­kan kepada pelajar yang kurang berkemampu­an.

“Program julung kali diadakan membuatkan Puteri Umno Silam mengambil pendekatan dengan menyumbang­kan peralatan alat tulis kepada 740 murid calon UPSR 2017 tahun ini,” katanya.

Melalui sumbangan ini dapatlah membantu ibu bapa membuat persiapan khusus kepada anak-anak selain sebagai galakkan dan suntikan semangat untuk mereka.

Beliau turut meminta kepada ibu bapa supaya cuba memahami tekanan yang dihadapi oleh anak mereka semasa menduduki UPSR.

“Ibu bapa perlu menjadi pendorong dengan berusaha meningkatk­an keyakinan mereka dan sentiasa memberikan katakata positif.

“Jangan beri tekanan seperti ugutan atau meletakkan sasaran keputusan anak. Biarlah anak jawab peperiksaa­n mengikut cara dan kemampuan mereka tanpa campur tangan ibu bapa,” katanya.

Zuraidah turut mengingatk­an ibu bapa supaya jangan memperleke­hkan kemampuan anak andai keputusan UPSR mereka tidak memberangs­angkan.

“UPSR bukan satu-satunya pengukur kejayaan hidup seseorang. Jangan putus asa, sebaliknya bantu mereka menerima kenyataan dengan hati terbuka.

“Kegagalan memperoleh keputusan cemerlang dalam UPSR bukan bermakna masa depan mereka gelap,” tambahnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia