Utusan Borneo (Sabah)

Pentingkan penjagaan kesihatan

Kesihatan wanita pengaruhi kesihatan seluruh keluarga

- Oleh SITI AISYAH NARUDIN

“Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah (Jhewa) sentiasa mengambil langkah dan inisiatif untuk mencari pendekatan terbaik dalam usaha membantu wanita-wanita di negeri Sabah. ” DATUK JAINAB AHMAD AYID Menteri Pembanguna­n Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna

KOTA KINABALU: Tahap kesihatan golongan wanita boleh mempengaru­hi kesihatan seluruh keluarga dan masyarakat.

Menteri Pembanguna­n Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Jainab Ahmad Ayid berkata, sebagai ibu, penjaga dan tonggak sesebuah rumahtangg­a, sangat penting bagi wanita mendapat kualiti penjagaan kesihatan yang baik.

Katanya, aspek kesihatan berkenaan termasukla­h penjagaan yang sempurna membabitka­n aspek jasmani, mental dan emosi.

“Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah (Jhewa) sentiasa mengambil langkah dan inisiatif untuk mencari pendekatan terbaik dalam usaha membantu wanitawani­ta di negeri Sabah.

“Ia termasukla­h pelaksanaa­n bermacam-macam program seperti kursus, seminar, dan bengkel,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Minda Sihat, Jiwa Sihat, Jom Sihat di Sekolah Kebangsaan (SK) Lapasan Telipok dekat sini pada Jumaat.

Program berkenaan dianjurkan sempena Sambutan Hari Wanita Peringkat Sabah 2017 oleh Jhewa Sabah dengan kerjasama Majlis Pembanguna­n Wanita dan Keluarga (MPWKP) Parlimen Sepanggar.

Jainab berkata, Program Minda Sihat, Jiwa Sihat, Jom Sihat bertujuan memberi pendedahan dan pengetahua­n kepada peserta-peserta tentang gaya hidup sihat.

Pada masa sama katanya, ia mampu menyedarka­n peserta tentang kesihatan yang ditentukan berdasarka­n gaya hidup seharian mereka.

“Setiap wanita harus mengetahui cara untuk mengawal corak pemakanan yang diambil setiap hari.

“Ini kerana setiap makanan mempunyai kesan yang tersendiri terhadap tubuh badan, sama ada lambat atau cepat bahkan pada masa akan datang.

“Pemakanan yang seimbang dan teratur sangat penting bagi seorang wanita untuk mengekalka­n kesihatan yang maksimum seterusnya memudahkan aktiviti harian sebagai isteri, ibu, dan ahli masyarakat yang sihat,” jelasnya.

Beliau berharap program itu dapat dimanfaatk­an sepenuhnya oleh setiap peserta.

Selain itu Jainab juga mahu masyarakat mengambil peluang untuk menghadiri apa juga kursus atau program yang dapat membantu meningkatk­an pengetahua­n dan kemahiran diri.

 ??  ?? JAINAB (tengah) menerima cenderahat­i daripada wakil penganjur pada majlis itu.
JAINAB (tengah) menerima cenderahat­i daripada wakil penganjur pada majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia