Utusan Borneo (Sabah)

Siswa baharu UMS kongsi aspirasi 2050 bersama Duta Belia TN50

-

KOTA KINABALU: Dalam kesibukan siswa-siswi baharu Universiti Malaysia Sabah (UMS) sesi 2017/2018 melalui program Minggu Suai Mesra sepanjang minggu ini, mereka turut berkesempa­tan menyampaik­an idea dan pendapat dalam merealisas­ikan aspirasi Transforma­si Nasional 2050 (TN50) bersama Duta Belia TN50, Arthur Joseph Kurup dan Benreza Hezery Uzair dalam satu program Ceramah TN50 di Dewan Canselor, baru-baru ini.

Beberapa pandangan diutarakan para pelajar mendapat perhatian keduadua Duta TN50 tersebut, antaranya misi sifar golongan gelandanga­n menjelang tahun 2050 dengan mewujudkan institusi kemahiran buat golongan gelandanga­n.

Salah seorang pelajar Fakulti Psikologi dan Pendidikan (FPP) pula mencadangk­an agar sistem pendidikan diperkukuh­kan dengan menekankan elemen yang mampu merangsang pelajar

ARTHUR JOSEPH KURUP

untuk minat dalam menimba ilmu.

Katanya, aspirasi bagi melihat kanak-kanak suka ke sekolah dan tidak takut ke sekolah amat penting buat negara memandangk­an negara memerlukan generasi muda berilmu, berkemahir­an dan mempunyai sahsiah diri yang tinggi secara berterusan.

Satu lagi pendapat yang turutmenar­ikperhatia­nadalah aspirasi pemberian elektrik secara percuma kepada rakyat, yang mampu dicapai dengan memperluas­kan penggunaan sistem solar bagi menjana tenaga boleh diperbahar­ui.

Benreza pada akhir program memuji aspirasias­pirasi yang diutarakan para pelajar baharu UMS yang dilihat satu pandangan ke arah kesejahter­aan masyarakat pada masa akan datang, serta turut berharap agar para pelajar baharu mampu saling menghormat­i antara satu sama lain, serta menghormat­i diri sendiri dengan tidak mempersia-siakan peluang menjalani pengajian sepanjang berada di UMS.

 ??  ?? BENREZA HEZERY UZAIR
BENREZA HEZERY UZAIR
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia