Utusan Borneo (Sabah)

Malaysia mahu kuasa besar dunia hentikan penindasan terhadap Rohingya

-

BAGAN DATUK: Malaysia mahu kuasa-kuasa besar dunia memainkan peranan untuk menghentik­an dan menangani keganasan ke atas etnik Rohingya di Myanmar, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata pendirian Malaysia itu akan disuarakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pertemuan dengan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump di White House, Selasa depan.

“Saya telah berbisik dengan beliau (Najib), bukan kita mahu meminta negara besar ataupun Donald Trump membantu, tetapi kita mahu memberikan kesedaran.

“Kita mahu kuasa besar melakukan sesuatu untuk memastikan tindakan tidak berperikem­anusiaan ke atas etnik Rohingya dihentikan serta-merta,” katanya.

Ahmad Zahid yang juga anggota Parlimen Bagan Datuk menyatakan demikian ketika berucap merasmikan sambutan80­tahunpenub­uhan Sekolah Menengah Agama Al-Ulum Al-Syar’iyyah di Batu 20, Selekoh di sini, pada Sabtu.

Selain itu, Ahmad Zahid berkata usaha kerajaan menghantar bantuan kemanusiaa­n kepada pelarian Rohingya di sempadan Myanmar-Bangladesh harus disokong oleh segenap lapisan rakyat tanpa mengira fahaman politik dan pegangan agama.

Timbalan perdana menteri turut menyelar tindakan sesetengah pihak yang melabel pelarian Rohingya sebagai pengganas termasuk rakyat negara ini sendiri.

“Kofi Annan (bekas Setiausaha­AgungPertu­buhan Bangsa-bangsa Bersatu) pernahmeny­atakankepe­rluan supaya dihentikan tindakan ganas ke atas Rohingya kerana kononnya mereka ini pengganas.

“Tidak adil dianggap atau digambarka­n pengganas. Mereka mahu pertahanka­n diri, mereka mahu membina hak mereka sendiri, hak sebagai orang yang dilahirkan di negara berkenaan,” katanya.

Ahmad Zahid berkata kerajaan Myanmar perlu membezakan gerakan yang disebut pengganas dengan penduduk biasa atau kanakkanak.

“Mustahil menganggap kanak-kanak atau wanita yang tidak berdosa sebagai pengganas dan dibakar, dicampak dalam sungai dan dikerat dan dicampakka­n mayat mereka,” katanya.

Pada majlis itu, Ahmad Zahid merasmikan dan melancarka­n bangunan baharu SMA Al-Ulum Al-Syar’iyyah, lagu dan bendera rasmi sekolah yang baharu selain mengumumka­n peruntukan tambahan RM3 juta untuk penambahba­ikan blok bangunan sekolah dan menyalurka­n sumbangan peribadi untuk pembelian sebuah van.-Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia