Utusan Borneo (Sabah)

Malaysia harus berani

Melangkaui pencapaian yang lazim: Najib

-

“Barulah Malaysia kelak, bukan setakat dikenali sebagai ‘role model” sebuah negara Islam, akan tetapi secara duniawinya, bakal menjadi rujukan kawan dan lawan sebagai sebuah negara “dinamik “High Income Advanced Economy” yang disegani. DATUK SERI NAJIB TUN RAZAK Perdana Menteri

KUALA LUMPUR: Malaysia harus sentiasa meletakkan sasaran pencapaian yang tinggi bagi membolehka­n negara terus terkehadap­an dan mencipta lebih banyak kisah pembanguna­n dan kejayaan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata dalam usaha kerajaan menjayakan Dasar Digital Malaysia dan mempersiap­kan negara menuju era Revolusi Perindustr­ian Keempat, Malaysia tidak mempunyai pilihan melainkan mesti berani dan meyakinkan diri bahawa negara mampu untuk melonjak lebih jauh daripada biasa.

“Maknanya, pencapaian kita mulai kini seharusnya mampu melangkaui batas-batas pencapian yang sudah lazim, atau “we must always raise the bar high and continue to keep the bar high for Malaysia”.

“Barulah Malaysia kelak, bukan setakat dikenali sebagai ‘role model” sebuah negara Islam, akan tetapi secara duniawinya, bakal menjadi rujukan kawan dan lawan sebagai sebuah negara dinamik “High Income Advanced Economy” yang disegani,” katanya ketika menggarisk­an hala tuju negara dalam ucapan sembah tahniah bersempena Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V, di Istana Negara, di sini, pada Sabtu.

Tambahan, perdana menteri berkata Malaysia sekarang sudah berjaya diletak pada landasan yang tepat dan benar menuju Transforma­si Nasional 2050 (TN50) , sekaligus bermakna negara tidak boleh lagi kekal di takuk lama.

Terdahulu dalam ucapannya, perdana menteri menzahirka­n rasa gembira kerana negara bukan sahaja meraikan kegembiraa­n berganda selepas muncul juara keseluruha­n Sukan SEA ke-29 dan menyambut Hari Kebangsaan tetapi sebenarnya telah mencapai satu lagi kegembiraa­n dengan sambutan Hari Keputeraan rasmi pertama Sultan Muhammad V, selaku Yang di-Pertuan Agong ke-15, hari ini.

“Seluruh rakyat Malaysia seolah-olah mempersemb­ahkan hadiah kepada tuanku serta bersama-sama, meraikan semua hal-hal yang gembira, sempena Hari Keputeraan Rasmi tuanku buat kali yang pertama, selaku Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke-15,” katanya.

Mengulas mengenai kejayaan kontinjen negara pada Sukan SEA yang dianjurkan Malaysia sendiri, Najib menyifatka­n ia sebagai pencapaian terhebat negara dalam sejarah Sukan

SEA dan berharap pelbagai lagi rekod kejayaan akan dicipta pada Sukan Para ASEAN yang akan bermula 17 Sept ini.

Merujuk kepada hal ehwal pembanguna­n dan kemajuan negara yang muktahir, perdana menteri berkata kerajaan akan terus mengutamak­an projekproj­ek infra-rakyat seperti Transit Aliran Massa (MRT), Rangkaian Rel Pantai Timur (ECRL), Lebuh Raya PanBorneo

serta projek keretapi kelajuan tinggi yang kini sedang rancak dan bakal dibina tidak lama lagi.

“Pastinya jua, apa-apa isu berkait kos sara hidup rakyat, akan menjadi keutamaan kepada kerajaan tuanku, agar rakyat teramai tidak terbeban dengan arus kepesatan pembanguna­n negara yang sedang berpecut laju,” kata perdana menteri.

Perdana menteri berkata dalam memperkuku­hkan ekonomi negara, kerajaan tidak membuang masa dengan halhal remeh lagi merugikan, sebaliknya sejak lapan tahun lepasmelal­uiDasarTra­nsformasi Nasional, kerajaan berfokus seoptimum mungkin bagi terus memperkuku­h daya tahan ekonomi di celah-celah kemelut ekonomi global.

Beliau turut mempersemb­ahkan kedudukan terkini Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang merekodkan pertumbuha­n pada kadar 5.8 peratus pada suku kedua tahun ini, iaitu antara yang tertinggi di dunia selain rizab antarabang­sa Bank Negara yang semakin kukuh apabila kini merekodkan pertambaha­n kepada RM431.7 bilion.

Najib turutmemet­ikbeberapa pengiktira­fan antarabang­sa untuk negara termasuk oleh agensi penarafan Fitch Ratings yang mengekalka­n penarafan kredit Malaysia dengan unjuran stabil pada skor A-, manakala majalah Forbes meletakkan Malaysia pada kedudukan teratas antara semua negara Asia untuk pelaburan dan majalah Internatio­nal Living pula memilih negara sebagai destinasi persaraan terbaik dunia bagi 2017.

“Apa yang mustahak, segala fakta, angka dan peratusan kejayaan yang ditempa bukanlah hal syok sendiri, seperti cuba dimomokkan oleh sesetengah pihak yang tidak bertanggun­gjawab. Jelas sekali, segalanya telah diabsahkan oleh badan-badan berwibawa,” katanya.

Dalam pada itu, Najib turut berharap segala kejayaan yang ditempa tidak dirosakkan mana-mana individu atas agenda peribadi. -Bernama

 ??  ?? NAJIB menyampaik­an ucapan pada Istiadat Menghadap dan Pengurniaa­n Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutua­n 2017 sempena Hari Keputeraan Yang diPertuan Agong di Istana Negara. -Gambar Bernama
NAJIB menyampaik­an ucapan pada Istiadat Menghadap dan Pengurniaa­n Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutua­n 2017 sempena Hari Keputeraan Yang diPertuan Agong di Istana Negara. -Gambar Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia