Utusan Borneo (Sabah)

51 tokoh dianugerah Tan Sri

-

PUTRAJAYA:Seramai 51 individu dianugerah­kan darjah kebesaran yang membawa gelaran Tan Sri bersempena Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V, pada Sabtu.

Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin; Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor; dan Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun dianugerah­i darjah kebesaran Panglima Mangku Negara (P.M.N.).

Seramai 48 individu pula menerima darjah kebesaran Panglima Setia Mahkota (P.S.M) yang turut membawa gelaran Tan Sri.

Mereka ialah Ketua Pengarah Unit Penyelaras­an Pelaksanaa­n (ICU), Datuk Seri Ahmad Zaki Ansore Mohd Yusof; Hakim Mahkamah Persekutua­n, Datuk Wira Aziah Ali; Pengerusi Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah dan Ketua Pengarah Perkhidmat­an Awam, Datuk Seri Zainal Rahim Seman.

Turut menerima darjah kebesaran itu ialah bekas Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi (EPU) Datuk Seri Dr Rahamat Bivi Yusoff; Tengku Temenggong Kelantan, Datuk Tengku Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz dan Ketua Pesuruhjay­a Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Dzulkifli Ahmad.

Ketua Setiausaha Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia (KKMM), Datuk Seri Sharifah Zarah Syed Ahmad; Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad; dan Pengerusi Lembaga Pengarah K & N Kenanga Holdings Berhad, Datuk Tengku Noor Zakiah Tengku Ismail turut menerima darjah kebesaran P.S.M.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman pula disenarai antara penerima darjah itu bagi kategori pertubuhan politik yang turut menyenarai­kan dua veteran UMNO, Datuk Seri Dr Siti Zaharah Sulaiman dan Datuk Seri Dr Suleiman Mohamed.

Turut menerima anugerah itu ialah Yang Dipertua Dewan Negara, Datuk Seri S. Vigneswara­n; bekas pengerusi MIC Perak, Datuk Rajoo Dasari @ Govindasam­y; dan bekas pemimpin MCA Datuk Tee Cheng York @ Tee How.

Bagi kategori pihak berkuasa tempatan dan badan berkanun pula, penerima gelaran itu ialah Gabenor Bank Negara, Datuk Muhammad Ibrahim; Pengerusi Lembaga Getah Malaysia, Datuk Seri Dr Muhammad Leo Michael Toyad Abdullah; Pengerusi Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Datuk Seri Dr Halim Shafie; Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Datuk Dr Noor Azlan Ghazali dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Mhd Amin Nordin Abd Aziz.

Dua panglima daripada perkhidmat­an ATM turut menerima darjah kebesaran P.S.M. iaitu Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Seri Zulkiple Kassim dan Panglima Tentera Udara, Jeneral Datuk Seri Affendi Buang.

Seramai 20 individu dari badan swasta, persatuan dan sukarela turut menerima darjah kebesaran P.S.M. iaitu Naib Pengerusi Eksekutif Yayasan Albukhary, Datuk Seri Ismail Yusof; Pengerusi Eksekutif Kumpulan Safuan Group Berhad, Datuk Mat Shah Sapuan; Timbalan Pengerusi Eksekutif Ahmad Zaki Resources Berhad, Datuk Seri Wan Zaki Wan Muda dan Pengerusi Eksekutif Binary University Sdn Bhd, Datuk Prof Joseph Adaikalam. -Bernama

 ??  ?? YANG di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V berkenan mengurniak­an Darjah Panglima Seri Mahkota (P.S.M) yang membawa gelaran Tan Sri kepada Panglima Tentera Darat Jeneral Tan Sri Zulkiple Kassim pada Istiadat Mengadap dan Pengurniaa­n Darjah Kebesaran,...
YANG di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V berkenan mengurniak­an Darjah Panglima Seri Mahkota (P.S.M) yang membawa gelaran Tan Sri kepada Panglima Tentera Darat Jeneral Tan Sri Zulkiple Kassim pada Istiadat Mengadap dan Pengurniaa­n Darjah Kebesaran,...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia