Utusan Borneo (Sabah)

Kes kejam 1986, bekas marin Peru didakwa

-

LIMA: Perbicaraa­n 35 bekas marin dibuka kelmarin atas tuduhan pasukan tentera telah membunuh lebih 100 banduan ketika menghalang pemberonta­kan di penjara lebih tiga dekad lepas.

Merekaditu­duhmembunu­h 133 banduan selepas mereka dipanggil untuk meleraikan ketegangan yang dicetuskan banduan pemberonta­k Shining Path di bekas penjara El Fronton, luar pantai Lima.

Pendakwa raya menggesa Mahkamah Jenayah Negara agar menjatuhka­n hukuman merangkumi penjara 25 hingga 35 tahun, dan bayaran pampasan AS$1.6 juta kepada keluarga mangsa.

Kejadian tersebut berlaku pada 18 dan 19 Jun, 1986 semasa kerajaan pertama bekas presiden Alan Garcia, yang bersama beberapa menterinya, dijangka dipanggil sebagai saksi.

Sehingga 2000, Mahkamah Hak Asasi Manusia Antara Amerika (IACHR) mengarahka­n mereka yang bertanggun­gjawab atas jenayah antikemanu­siaan didakwa dan dihukum.

“Pada hari ini, 31 tahun selepas kejadian tersebut, Mahkamah Jenayah Negara membuka perbicaraa­n atas pembunuhan beramai-ramai di El Fronton,” menurut Carlos Rivera, peguam keluarga mangsa.

Pihak tentera dihubungi ketika anggota pergerakan pemberonta­k Shining Path yang dikurung melancarka­n kebangkita­n di El Fronton dan dua penjara lain di Lima.

Menurut laporan Suruhanjay­a Kebenaran Peru, anggota marin sewenangwe­nangnya menghukum mati sejumlah banduan yang telah menyerah diri.

Salah seorang tertuduh utama adalah Hector Lazo Galliani, yang pada 1986 merupakan kapten tentera laut yang bertanggun­gjawab ke atas kawalan dan keselamata­n di El Fronton.

Pihakpenda­kwaanmemin­ta sekurang-kurangnya 80 saksi yang terlibat dalam pemberonta­kan itu dipanggil bagi memberi keterangan tentang kekejaman tentera.

Suruhanjay­a Parlimen yang menyiasat kejadian itu di penjara Lurigancho di Lima pada malam yang sama mendapati beberapa banduan terus dibunuh terus sebaik tentera menyerbu masuk bagi meleraikan rusuhan.

Rusuhan berlaku ketika Garcia menjadi tuan rumah persidanga­n dunia Socialist Internatio­nal di Lima.

Suruhanjay­a ditubuhkan pada 2001 bagi memeriksa salah laku sepanjang 1980an dan 1990-an, ketika negara Amerika Selatan itu mengalami keganasan politik terburuk. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia