Utusan Borneo (Sabah)

Enam kelasi wanita India keliling dunia

-

NEW DELHI: Satu pasukan enam anggota tentera laut India memulakan misi mengelilin­gi dunia hari ini dalam pelayaran pertama seumpamany­a melibatkan kesemua kru wanita.

Leftenan Komander Vartika Joshi, yang mengetuai pelayaran yang bermula di bahagian barat Goa, memberitah­u projek itu bersifat revolusi dalam membawa wanita ke kemuncak dan inspirasi buat wanita lain.

Sejak beberapa tahun kebelakang­an ini, tentera laut India membuka pintunya kepada wanita untuk menerima peranan lebih mencabar, dengan projek terbaharu mendapat sokongan Perdana Menteri Narendra Modi yang menggesa kru untuk menumpukan kemampuan dan kekuatan India di seluruh dunia.

Pihak tentera laut menempah kapal layar sepanjang 17 meter yang dinamakan Tarini pada Februari lalu untuk misi tersebut, dengan kru melakukan persediaan bagi pelayaran itu sejak 2014.

”Bagi saya ia merupakan usaha untuk menakluki satu pencapaian yang telah dicapai beberapa orang yang terpilih,” kata Leftenan Komander Pratibha Jamwal.

“Ia tidak akan menjadi satu perjalanan yang mudah namun seperti kata pepatah, berpenat lelah ketika aman akan melihat hasilnya ketika perang,” tambah beliau.

Pegawai bersara tentera laut Kapten Dilip Dhonde, yang telah melakukan ekspedisi solo pertama mengelilin­gi dunia pada 2009 hingga 2010, mengawasi pelayaran.

Pasukan itu sudah dua kali belayar ke Mauritius dan sekali ke Cape Town sebagai persediaan.

“Misi ini menaikkan semangat, bukan sahaja kaum wanita tetapi juga inspirasi bagi kaum lelaki.

“Kami mahu menunjukka­n semangat pengembara­an,” jelas Joshi.

Pelayaran akan melibatkan persinggah­an di Australia, New Zealand, Kepulauan Falkland dan Afrika Selatan.

Mereka dijangka kembali ke Goa pada Mac tahun depan. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia