Utusan Borneo (Sabah)

Penjarahan, cuaca buruk jejas Caribbean

Britain, Perancis dan Belanda menyelaras usaha bantuan kecemasan ke wilayah luar pantai

-

POINTE—PITRE: Angin kuat dan cuaca buruk mengganggu usaha bantuan kecemasan bagi pulaupulau yang dilanda taufan di Caribbean kelmarin ketika pihak berkuasa tempatan cuba menghantar bantuan dan menghalang penjarahan.

Dua hari selepas Taufan Irma melanda bahagian timur Caribbean, membunuh sekurang-kurangnya 17 orang dan memusnahka­n ribuan rumah, beberapa pulau berdepan serangan kedua daripada Taufan Jose pada hujung minggu ini.

Beberapa pegawai di pulau Guadeloupe, di mana usaha bantuan Perancis diselarask­an, menangguhk­an bot yang menyeberan­gi ke wilayah yang teruk terjejas di St Martin dan St Barts di mana sebelas terbunuh.

Jose, yang menjadi taufan kategori 4, membawa angin sehingga 125 batu sejam, akan melepasi kira-kira 100 kilometer di utara St Martin pada Sabtu, menurut agensi meteorolog­i Perancis.

Agensi itu meletakkan kedua-dua pulau Caribbean dalam amaran merah, memberi amaran peningkata­n ribut antara lima dan tujuh meter.

“Keadaan cuaca semakin merosot,” menurut pihak pentadbira­n tempatan Guad- eloupe.

Jose mara pada laluan yang sama ketika Irma menuju ke St Martin, Anguilla, Barbuda dan di antara lainnya Kepulauan Virgin milik Britain.

Seperti Perancis dan Belanda, yang mana wilayah Caribbean ini merupakan legasi pemerintah­an koloni, Britain turut menghantar kapal tentera laut, anggota tentera dan bekalan bagi membantu dalam usaha bantuan di wilayah ini.

Ratusan anggota polis bantuan dan pasukan penyelamat mulai tiba di St Martin, pulau yang terpisah di antara Perancis dan Belanda, di sebalik laporan penjarahan serta kekurangan air, makanan dan minyak.

Seorang jurugambar AFP melihat sekumpulan kira-kira 12 memecah masuk sebuah pasar raya mini di kawasan Quartier-d’Orleans di pulau tersebut Khamis lepas.

Akhbar Belanda Algemeen Dagblad kelmarin memetik seorang saksi sebagai menyatakan penjarah bersenjata­kan pistol dan parang berkeliara­n di jalanan.

Menteri Wilayah Luar Pantai Perancis Annick Girardin melaporkan menyaksika­n sendiri penjarahan semasa lawatannya Khamis lepas ke St Martin, di mana majoriti daripada 80,000 penduduk telah kehilangan rumah mereka.

Dua lelaki, seorang daripadany­a pegawai baharu dalam pasukan polis sempadan, ditangkap semalam ketika sedang mencuri peralatan bot, menurut pihak polis kelmarin.

Menteri Dalam Negeri Belanda Ronald Plasterk menyatakan dua maut dan 43 cedera, 11 daripadany­a parah, di Saint Martin Belanda, sementara Perancis menyatakan sembilan maut di bahagianny­a di pulau tersebut dan di St. Barts. — AFP

“Jose, yang menjadi taufan kategori 4, membawa angin sehingga 125 batu sejam, akan melepasi kira-kira 100 kilometer di utara St Martin pada Sabtu, menurut ” agensi meteorolog­i Perancis.

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? GAMBAR serahan Kementeria­n Pertahanan Britain menunjukka­n seorang pegawai Tentera Laut Diraja RFA Mounts Bay berunding dengan seorang anggota pertubuhan bantuan bencana Anguilla di pantai kampung Sandy Bay semasa operasi bantuan di Anguilla, Caribbean...
— Gambar AFP GAMBAR serahan Kementeria­n Pertahanan Britain menunjukka­n seorang pegawai Tentera Laut Diraja RFA Mounts Bay berunding dengan seorang anggota pertubuhan bantuan bencana Anguilla di pantai kampung Sandy Bay semasa operasi bantuan di Anguilla, Caribbean...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia