Utusan Borneo (Sabah)

Arab Saudi batal dialog dengan Qatar

-

RIYADH: Arab Saudi semalam membatalka­n dialognya dengan Qatar, menuduhnya sebagai memutarbel­itkan fakta sejurus selepas satu panggilan telefon di antara pemerintah bagi kedua-dua negara telah menawarkan harapan bagi satu jalan putus bagi krisis Teluk selama tiga bulan.

Emir Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al-Thani, telah bercakap dengan Putera Mahkota Arab Mohammed bin Salman dengan menyuaraka­n minat bagi rundingan, media negara dari keduadua belah berkata, dalam pertemuan awam pertama di antara pemimpin selepas presiden AS menawarkan untuk menjadi perantaraa­n dalam krisis tersebut.

Arab Saudi telah mengetuai Emiriah Arab Bersatu, Mesir dan Bahrain dalam memutuskan hubungan dengan Qatar pada Jun lepas, menuduhnya sebagai membiayai kumpulan ekstremis Islam dan telah menjadi terlalu rapat dengan musuh wilayah Iran. Doha menafikan tuduhan tersebut.

Putera Mahkota “telah menyambut baik keinginan ini,” pihak Saudi Press Agency (SPA) melaporkan pada mulanya, sambil menambah maklumat akan diumumkan selepas Arab Saudi mencapai satu perjanjian dengan UAE dan Bahrain serta Mesir.

Namun prospek bagi satu perbalahan segera hancur selepas SPA kemudian menuduh media negara Qatar sebagai tersilap menyatakan bahawa Arab Saudi merancang tindakan itu.

“Hubungan itu adalah di atas permintaan Qatar dan permohonan­nya bagi dialog,” menurut SPA, memetik seorang pegawai kementeria­n luar Arab.

“Qatar adalah tidak serius dalam dialog dan meneruskan dengan polisinya sebelum ini. Kerajaan Arab Saudi mengumumka­n bahawa manamana dialog dengan Qatar harus dihentikan sehingga satu kenyataan yang jelas menerangka­n kedudukann­ya telah dimaklumka­n kepada umum.”

Perkembang­an muncul selepas Presiden AS Donald Trump kelmarin berbual secara berasingan dengan pemimpin Arab Saudi, Qatar dan UAE.

Namun usaha diplomatik diketuai oleh Kuwait, perunding utama dalam krisis yang dibantu oleh kuasa-kuasa Barat, setakat ini telah gagal untuk mencapai satu jalan penyelesai­an.

Di Washington pada Khamis lepas, Emir dari Kuwait Sheikh Sabah al-Ahmad Al-Sabah telah menawarkan kepada Trump satu penilaian mengenai usahanya setakat ini.

Namun dalam kenyataan pada awal kelmarin, kumpulan yang diketuai oleh Arab tidak menunjukka­n sebarang tanda-tanda bagi sokongan ketika ia mempersoal­kan kenyataan emir Kuwait bahawa Qatar akan sanggup untuk menerima 13 permintaan mereka.

Permintaan adalah termasuk menutup badan penyiaran Al-Jazeera yang berpusat di Doha, menutup sebuah pangkalan tentera Turki di dalam emiriah dan mengurangk­an hubungan diplomatik Qatar dengan Iran.

Riyadh dan Doha adalah sekutu utama bagi Amerika Syarikat, yang telah menghantar pelbagai isyarat bagi polisinya terhadap negara itu.

Qatar telah menjadi tuan rumah bagi pangkalan tentera udara AS yang besar, menempatka­n ibu pejabat bagi Centcom, pusat arahan wilayah yang mengetuai operasi menentang kumpulan pejuang jihad Islamic State.

Sheikh Tamim telah dijangka akan menemui Kaunselor Jerman Angela Merkel untuk rundingan pada 15 September ini, dalam apa yang akan menjadi kunjungan pertama beliau ke sebuah bandar utama barat sejak krisis bermula. — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? GAMBAR serahan Agensi Berita Qatar (QNA) menunjukka­n Sheikh Tamim berbual dengan seorang lelaki tidak dikenal pasti semasa perasmian Pelabuhan Hamad di Doha, Selasa lalu.
— Gambar AFP GAMBAR serahan Agensi Berita Qatar (QNA) menunjukka­n Sheikh Tamim berbual dengan seorang lelaki tidak dikenal pasti semasa perasmian Pelabuhan Hamad di Doha, Selasa lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia