Pencapaian Repsol makin terserlah, penubuhan fasiliti pengeluaran baharu di Sabah
Penubuhan fasiliti pengeluaran baharu di Sabah
KOTA KINABALU: 2017 adalah tahun yang menunjukkan pencapaian Repsol di sini dengan penubuhan fasiliti pengeluaran baharu yang terletak bersebelahan dengan platform sedia ada iaitu Kinabalu.
Pengurus Perhubungan Awam Repsol Oil & Gas Malaysia Limited Ahmad Fakhrurrazi Arshad berkata, penubuhanitumembolehkan syarikat ini meningkatkan pengeluaran dalam minyak mentah kepada 18,000 tong sehari.
“Pada masa yang sama Repsol akan terus dengan proses pengerudian pada blok SB309 untuk mencari prospek baharu dalam usaha mengembangkan perniagaan operasi ini di Sabah.
“Walaupun syarikat ini memberikan fokus untuk mengembangkan perniagaan di negara ini, Repsol tidak sama sekali melupakan usaha untuk menyumbang kepada komuniti tempatan,” katanya pada satu majlis
AHMAD merakamkan gambar kenangan (empat kanan, belakang) bersama pengamal media yang menang dalam aktiviti yang dilakukan.
“Walaupun syarikat ini memberikan fokus untuk mengembangkan perniagaan di negara ini, Repsol tidak sama sekali melupakan usaha untuk menyumbang kepada komuniti tempatan, ” AHMAD FAKHRURRAZI ARSHAD
Pengurus Perhubungan Awam Repsol Oil & Gas Malaysia Limited
bersama Media 2017 di sini pada Sabtu.
Beliau berkata, pihaknya mengambil perhatian yang serius terhadap tanggungjawab kepada komuniti tempatan dengan menganjurkan pelbagai program dan aktiviti yang memberikan manfaat kepada masyarakat di sini.
Katanya, projek komuniti yang dilakukan sejak 2013 telah memberikan manfaat kepada lebih 7,500 murid-murid di Sabah dan Labuan.
Selain itu katanya, Repsol juga telah menaja lebih 20 biasiswa kepada pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS) bagi membolehkan mereka meneruskan pengajian dalam bidang kejuruteraan.
Dalam majlis yang sama seramai kira-kira 100 pengamal media dari sekitar Kota Kinabalu telah menjayakan pelbagai aktiviti riadah yang diadakan.
Majlis yang bermula seawal jam 9.30 pagi diisi dengan aktiviti seperti tarik tali, bola sepak, mencari harta karun dan banyak lagi.
Majlis itu turut disempurnakan bersama Persatuan Wartawan Sabah (SJA) dan Persatuan Wartawan Kota Kinabalu (KKJA).
Hadir sama dalam majlis itu ialah Presiden SJA Muguntan Vanar dan Presiden KKJA Yong Ted Phen serta tetamu kehormat lain.