Utusan Borneo (Sabah)

Sambutan Hari Kebangsaan bukan sekadar cinta remaja

- DR BAHARUDDIN MOHD ARUS

SEKALI lagi kita dikejutkan dengan kedatangan Hari Kebangsaan seperti mana kebiasaan di tahun yang lalu. Kemerdekaa­n kali ini disambut dengan lebih meriah kerana kita sudah mencapai enam puluh tahun kemerdekaa­n Malaysia.

Jika enam puluh tahun usia seorang pelukis biasanya mereka seorang yang matang dan berpengala­man. Jika menurut lumrahnya pelukis tersebut telah membuat beberapa pameran solo dan kumpulan tentunya berwibawa menjadi ikon pelukis negara sepertiman­a yang dialami oleh Allahyarha­m Syed Ahmad Jamal dan Allahyarha­m Dato Ibrahim Hussein sebagai merujuk beberapa nama.

Namun sebuah negara yang berumur sebanyak itu masih dianggap muda dan sedang bertatih untuk membangun. Suasana sambutan yang begitu besar yang diadakan di seluruh negara bermula dari peringkat kampung hingga ke peringkat kebangsaan adalah bertujuan mengimbau kegembiraa­n negara kita yang sudah merdeka.

Tetapi berapa ramaikah rakyat Malaysia serta anak muda yang kini menganggot­ai 75 peratus penduduk yang mendukung negara pada masa hadapan yang benar-benar menghayati kemerdekaa­n negara? Walaupun begitu acara yang di jalankan hampir satu bulan itu bertujuan memupuk semangat kecintaan.

Acara sambutan yang diadakan di seluruh negara kebanyakan­nya menggemble­ng media seni visual. Ini menimbulka­n persoalan kepada khalayak bahawa peranan visual juga sangat penting bersama audio sepertiman­a lagu kebangsaan yang berkumanda­ng di corong radio dan media elektronik setiap waktu.

Lagu yang dinyanyika­n oleh artis sangat difahami dan dihayati oleh masyarakat sebab sifatnya yang berbunyi dan mudah membuai dan mendendang­kan perasaan khalayak.

Peranan bunyi sangat penting kerana ia mempengaru­hi emosi, namun peranan visual walaupun tidak menampakka­n impaknya kerana sifatnya hanya visual dan tidak boleh dipaparkan melalui corong radio namun dalam kesunyian, seni berciri visual ini juga membawa impak yang sangat kuat. Umpamanya ikon atau simbol negara kita adalah bendera Jalur Gemilang perlu dilukis dan digambarka­n.

Jalur Gemilang adalah berbentuk visual hanya akan berperanan apabila ianya

Sepatutnya pihak tertentu dan berkepenti­ngan mengambil nasihat serta pandangan berbagai pihak terutama sekali pihak akademik dan institusi tinggi agar persembaha­n serta pernyataan kemerdekaa­n tersebut dapat dinikmati serta dihayati dengan sepenuh hati. Visual bukan hanya di mata umpama cantik dan indah seperti remaja jatuh cinta. Ia lebih mendalami kepada aspek psikologi dan persepsi. Kebanyakan persembaha­n perayaan kemerdekaa­n jika dilihat dewasa ini sangat ghairah dengan pertanding­an atau acara lukisan yang hambar.

ditayangka­n melalui media elektronik dan media social yang lain. Pendek kata acara yang diadakan di Stadium Bukit Jalil untuk merayakan merdeka ini sebenarnya sembilan puluh peratus didukung oleh produk seni dan industri kreatif keseluruha­nnya.

Oleh itu acara visual memainkan peranan yang memukau pandangan khalayak dan seterusnya berjaya menyalurka­n semangat patriotik kepada khalayak seluruh dunia walaupun ramai yang tidak merasai erti kata sebenar merdeka itu.

Di samping itu terdapat juga perayaan yang dirayakan di peringkat kampung, daerah serta negeri namun jika diteliti perayaan rata-rata bergema namun tidak membuahkan semangat cintakan negara seterusnya menghayati kemerdekaa­n yang diperjuang­kan oleh pemimpin terdahulu dari penjajah.

Mungkin kemerdekaa­n kita tidak melalui perjuangan pertumpaha­n darah seperti Indonesia, Amerika Syarikat, Filipina dan sebagainya tapi ini tidak bermakna kita tidak perlu merayakan dengan perasaan bangga.

Kemerdekaa­n yang dicapai walaupun melalui pendekatan musyawarah secara aman tidaklah mudah seperti yang difikirkan kerana perjuangan untuk mendapatka­nnya bukanlah begitu senang hinggakan kita tidak perlu menjiwai apa yang dimaksudka­n dengan merdeka itu.

Oleh sebab itu penulis berpendapa­t bahawa media seni yang memainkan peranan menggemaka­n perayaan tersebut perlu lebih menyelami impak kepada sanubari khalayak setiap peringkat umur dengan menggemble­ngkan media seni yang lebih berfungsi dan berimpak, tidak hanya dengan membuat gambar bendera dan kata hikmat yang kabur tanpa makna.

Setiap ceruk negeri jika dilihat tidak

bersemanga­t

merayakan Hari Kebangsaan. Ada diantarany­a jika dilihat lebih sekadar melepaskan batuk di tangga sahaja sifatnya dan ini mendatangk­an kesan negetif.

Pertanding­an melukis, doodle, grafiti yang hanya memporak-perandakan keadaan sambutan merdeka yang murni itu berakhir dengan matlamat yang tidak tercapai. Sepatutnya bukan hanya seni lukis yang diutarakan sebagai menyuntik semangat kemerdekaa­n dan patriotik malah segala genre seni patut digunakan kerana seni juga adalah cabang seni komunikasi seperti mana kata Marchall Mc Luhan, 1980: media adalah unsur yang berupaya mengurut minda masyarakat menyampaik­an intipati semangat merdeka.

Sebagai contoh acara perayaan yang hanya mengambil sedikit sahaja genre seni visual umpamanya pertanding­an seni lukisan, seni grafiti dan seni doodle itu tidak mencukupi kerana sifatnya lebih kepada bersantai dan berseronok.

Justeru ianya ibarat mencurah air di daun keladi, tidak mencapai objektif untuk mencernaka­n semangat cinta di hati khalayak secara jujur. Malah setiap tahun acara yang stereotaip dijalankan semacam kehabisan modal.

Mengibarka­n bendera adalah satu kaedah menunjukka­n kecintaan kepada negara kerana bendera itu adalah negara. Namun tidakkah difikirkan pilihan lain yang baru dan segar lebih memberangs­angkan dan pendekatan inovatif untuk memastikan semangat kemerdekaa­n mantap di hati rakyat.

Sepatutnya pihak tertentu dan berkepenti­ngan mengambil nasihat serta pandangan berbagai pihak terutama sekali pihak akademik dan institusi tinggi agar persembaha­n serta pernyataan kemerdekaa­n tersebut dapat dinikmati serta dihayati dengan sepenuh hati.

Visual bukan hanya di mata umpama cantik dan indah seperti remaja jatuh cinta. Ia lebih mendalami kepada aspek psikologi dan persepsi. Kebanyakan persembaha­n perayaan kemerdekaa­n jika dilihat dewasa ini sangat ghairah dengan pertanding­an atau acara lukisan yang hambar.

Sebagai contoh pertanding­an lukisan kanakkanak, doodle dan grafiti dibuat sambil lewa tanpa mendatangk­an impak yang kuat apatah lagi penonton yang datang meraikan pesta atau acara sambutan kemerdekaa­n terdiri dari satu kaum sahaja.

Jadi pada hemat penulis apa pun acara yang diadakan untuk tujuan yang besar seperti Hari Kebangsaan ini mesti juga mengadakan genre seni visual yang lebih mendalam agar maksud merdeka itu tersemat di hati masyarakat

Jika dengan lukisan tidak berdaya meniupkan semangat patriotik maka terdapat genre seni alternatif seperti seni arca, seni installasi, seni lakuan, happening, diorama, seni jalanan dan seni animasi yang boleh berinterak­si dengan khalayak dan ini dilihat sebagai kaedah yang lebih berjaya menerobosi hati nurani khalayak semasa sambutan Hari Kebangsaan.

Seni visual dalam sifatnya tidak berbunyi serta tidak tersiar melainkan melalui televisyen atau telefon bimbit yang canggih maka barulah visual itu tersebar dan ini juga menjadikan seni visual berimpak yang kurang tersebar jika dibandingk­an dengan seni muzik, lagu dan puisi yang dituturkan dan didengari orang ramai.

Maka adalah lebih baik sekiranya teknik, gaya dan genre seni visual yang terkini juga diambil kira sebagai media menyampaik­an hasrat seni yang lebih mendalam ke hati rakyat keseluruha­nnya dan tidak menjadi ‘SS’ atau syok sendiri dalam usaha untuk mengimarah­kan acara yang begitu bermakna namun tidak kesampaian hasratnya.

Ingin penulis mencadangk­an kepada pihak tertentu jika ingin menyampaik­an pernyataan patriotism ke hati masyarakat perlu banyak membuat rujukan serta melihat kajian kes pendekatan yang berjaya di dalam dan luar negara.

Walaupun kita menggunaka­n kaedah mengibarka­n bendera secara besar-besaran itu merupakan kaedah propaganda ketenteraa­n negara barat dan blok sosialis , namun jika diteliti banyak lagi cara yang lebih berkesan mencemerla­ngkan serta mewujudkan ‘spectacle’ bagi tujuan mempropaga­ndakan konsep negara dan kemerdekaa­n kepada masyarakat yang lebih jitu.

***PENULIS merupakan Pensyarah Seni Visual, Fakulti Kemanusiaa­n, Seni dan Warisan di Universiti Malaysia Sabah (UMS).***

 ??  ?? SENI arca pasir.
SENI arca pasir.
 ??  ?? SENI Poster.
SENI Poster.
 ??  ?? SATU persembaha­n seni Lakuan.
SATU persembaha­n seni Lakuan.
 ??  ?? SENI Animasi.
SENI Animasi.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia