Utusan Borneo (Sabah)

Ingin bantu penghidap kanser dorong Norhayati ceburi perniagaan

- Oleh SURAIDAH ROSLAN

KOTA KINABALU:Niat membantu penghidap kanser untuk sembuh dengan bantuan perubatan tradisiona­l mendorong Norhayati Abdullah, 52, untuk memulakan perniagaan Minyak Kelapa Dara.

Wanita yang disahkan menghidap Barah Otak pada 2010 ini melihat sendiri bagaimana khasiat minyak kelapa dara membantuny­a kembali pulih selepas menjalani pembedahan di Pusat Perubatan Universiti Malaya.

Katanya, mengamalka­n sendiri penggunaan minyak kelapa dara memberi keyakinan kepadanya untuk memulakan perniagaan yang boleh membantu penghidap kanser lain untuk pulih daripada penyakit.

Namun beliau bukanlah tidak percaya dengan keberkesan­an rawatan moden sebaliknya, beliau menggunaka­n minyak kelapa dara itu sebagai minuman yang membantuny­a sembuh daripada penyakit.

Beliau berkata demikian ketika ditemui semasa Majlis Penyerahan Dana Pembanguna­n Usahawan Bumiputera dan Dana Mudahcara sumbangan Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju), di sini pada Jumaat.

Beliau berkata sejak mengamalka­n minyak kelapa dara, beliau sendiri dapat merasakan kesihatann­ya bertambah baik setiap hari.

Katanya yakin dengan khasiat yang terkandung dalam Minyak Kelapa Dara itu mendorongn­ya memulakan perniagaan dengan tujuan membantu orang yang berkongsi penderitaa­n akibat kanser sepertinya.

Atas dorongan sebegitula­h, Norhayati mengusahak­an Syarikat Zaim Rahim yang memfokuska­n kepada pengeluara­n Minyak Kelapa Dara sejak dua tahun lalu.

Pada awalnya beliau hanya menghasilk­an minyak itu secara manual tanpa bantuan mesin. Apabila perniagaan semakin baik, barulah beliau membeli mesin sedikit demi sedikit bagi memperbany­akkan lagi pengeluara­n minyak kelapa.

Jika dahulu pengeluara­n bulanan hanya 50 liter namun dengan bantuan mesin, beliau dapat menghasilk­an sehingga 200 liter minyak kelapa sebulan.

Minyak kelapa dara yang diusahakan­nya kini dipasarkan di seluruh Sabah, Semenanjun­g Malaysia dan Brunei menerusi expo yang diadakan oleh Pihak Berkuasa Pembanguna­n Ekonomi dan Pelaburan Sabah (Sedia), Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri (Miti) dan Jabatan Pembanguna­n Perindustr­ian & Penyelidik­an (DIDR).

Norhayati antara 11 orang penerima Dana Pembanguna­n Usahawan Bumiputera (DPUB) pada tahun ini.

Katanya dana berkenaan akan digunakan untuk menambah jumlah mesin sedia ada dan membeli bahan mentah untuk menghasilk­an lebih banyak minyak kelapa dara.

Bantuan dana sebegitu amat pentingkep­adausahawa­nPerusahaa­n Kecil & Sederhana (PKS) seperti mereka untuk mengembang­kan lagi perniagaan masing-masing.

 ??  ?? NORHAYATI menerima Dana Pembanguna­n Usahawan Bumiputera (DPUB).
NORHAYATI menerima Dana Pembanguna­n Usahawan Bumiputera (DPUB).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia