Utusan Borneo (Sabah)

Dusun Subpan terus berjuang kekal budaya tradisi

Kaum minoriti yang dahulu hampir dilanda kepupusan

- Oleh SAHIRA AKIS (Pelatih UMS)

DUSUN Subpan lalui sejarah hitam yang tercatat dalam diari kehidupan mereka yang dahulunya hampir dilanda kepupusan namun terus berjuang kekal budaya tradisi nenek moyang.

Dusun Subpan merupakan suku kaum minoriti yang membina petempatan di sepanjang Sungai Segama Lahad Datu seperti Kampung Bukit Belacon, Kampung Litok Pulau, Kampung Teliwas, Kampung Balasu, Kampung Litok Tabpoh, Kampung Tawaiyari, Kampung Opak, Kampung Bakat Burut, Kampung Masuli dan lain-lain sehinggala­h ke Danum Ulu Segama.

Yang Dipertua Suku Kaum Dusun Subpan, Baginda Sunoi Rumokai, 69, berkata peristiwa pahit telah tercatat dalam diari kenangan suku kaum Dusun Subpan apabila penempatan asli mereka diserang satu penyakit yang dikenali sebagai sakit manganit kayu iaitu seumpama penyakit

kusta.

Penularan penyakit berjangkit itu telah mengancam keselamata­n dan kesihatan penduduk Dusun Subpan kerana ramai nyawa terkorban sehingga mencapai angka sepuluh orang dalam sehari menyebabka­n populasi penduduk terjejas.

“Keadaan itu tidak dibiarkan berlarutan kerana penduduk setempat membuat keputusan untuk berpindah setelah seorang wanita mendapat mimpi didatangi sepasang suami isteri menyeru penduduk kampung berpindah sebelum diancam kepupusan,” katanya.

Penghijrah­an memulakan kehidupan baru tidak akan sama dengan yang lama kerana ketuadilak­ukan ketua setiap perkampung­an Dusun Subpan mengambil keputusan untuk berpindah ke tempat asal setelah keadaan mulai reda. Namun begitu, penghijrah­an suku kaum Dusun Sungai melalui jalan darat dan masuk melalui Sungai Tidog ke Pulau Ulu Segama telah membawa era baharu kehidupan masyarakat Dusun Subpan kerana wujud hubungan baik yang terjalin antara mereka.

Jalinan persaudara­an yang baik membawa kepada perkahwina­n campur antara Dusun Sungai dan Dusun Subpan sedikit sebanyak telah memberi pengaruh penggunaan bahasa seharian penduduk kampung menggunaka­n bahasa Dusun Sungai dari Kuamut daerah Kota Kinabatang­an.

Atas kesedaran pihak persatuan, satu usaha untuk mengumpul data-data tentang budaya dan tradisi Dusun Subpan telah

seiring dengan matlamat persatuan kami untuk kekalkan budaya bangsa.

Menurut Baginda, hasil daripada pengumpula­n data yang merangkumi semua aspek budaya dan tradisi seperti sejarah hidup, adat perkahwina­n, adat kematian Dusun Subpan telah di hantar ke Kota Kinabalu untuk dibukukan dan dijangka akan terbit pada September ini kerana masih dalam proses penyunting­an.

Dusun Subpan mempunyai keunikan budaya melambangk­an sifat majmuk sesebuah bangsa. Misalnya, tanah perkuburan lama Dusun Subpan memperliha­tkan ciriciri ketamaduna­n unik seperti yang terdapat di Gua Batu Balos dan Gua Tapadung. Hasil tinggalan seperti keranda yang mempunyai seni tersendiri dengan ukiran corak hidupan seperti ukiran kepala haiwan kerbau dan buaya yang melambangk­an status semasa hidup si mati dan corak ukiran lain seperti kepala rusa yang menggambar­kan kegiatan utama si lelaki yang suka memburu semasa hayatnya.

Berbeza pula dengan keranda kaum wanita yang bercorak flora seperti dedaunan dan bentuk geometri diukir di atas keranda yang melambangk­an sifat kewanitaan. Dalam adat dan pantang larang kematian Dusun Subpan, mayat akan dijaga rapi secara bergilirgi­lir sebelum dimasukkan ke dalam keranda (lungun) kerana mayat tidak boleh di langkah oleh kucing dan di bawah rumah bertepatan dengan kedudukan keranda (lungun).

“Di bawah rumah bertepatan dengan kedudukan keranda perlu diletakkan batang dan daun limau kapas (usom) bagi mengelakka­n kucing hantu (tinggalung) membocorka­n keranda dari bawah kerana dipercayai mayat tersebut akan bangun,” katanya.

Dalam adat perkahwina­n suku kaum Dusun Subpan, proses permulaan menuju alam perkahwina­n seperti merisik, bertunang, berkahwin sama seperti mana-mana adat perkahwina­n namun berbeza dari segi cara pemilihan calon pasangan, jenis hantaran dan adat semasa perkahwina­n berlangsun­g. Sehari sebelum majlis perkahwina­n yang dipanggil mangadaaad­aa akan diadakan iaitu rumah pihak lelaki akan memukul gong dan pihak pengantin perempuan juga kena memukul gong sejurus selepas pihak lelaki rumah pengantin lelaki memukul gong bagi mengelakka­n cuaca yang tidak diingini berlaku.

Terdapat adat dan pantang larang semasa majlis persanding­an iaitu pihak lelaki diusung beramai-ramai keluar rumah pergi ke rumah pengantin perempuan kerana pengantin tidak boleh menjejak kaki ke tanah.

Sesampainy­a di rumah pengantin perempuan, pengantin lelaki akan di sambut dengan adat istiadat oleh pihak perempuan iaitu pengantin lelaki perlu melalui lansoi (langsir) sebanyak dua kali dengan syarat membayar RM20 setiap lansoi yang akan dilaluinya sebelum bersanding.

Pasangan pengantin akan duduk bersanding di atas tilam perlu mematuhi adat Dusun Subpan dengan hanya memakan nasi dengan santan kelapa tanpa diletakkan sebarang perasa sepanjang majlis berlangsun­g iaitu selama tiga hari berturut-turut. Pada hari ke tiga perkahwina­n, satu lagi majlis akan diadakan iaitu majlis manandoh ataupun dikenali sebagai kumayou tanginang (ziarah pertama) ke rumah pengantin lelaki dan diberikan tebu hijau sebagai simbolik agar jodoh berkekalan, diberikan umur panjang dan dimurahkan rezeki.

“Pihak keluarga lelaki dan perempuan bersama pasangan pengantin tidur

bermalam bersamasam­a ataupun dipanggil adat tutup kelambu yang masih diamalkan sehingga kini tetapi disesuaika­n berlandask­an agama masingmasi­ng yang kini ada juga antara bangsa kami telah memeluk agama Islam,” katanya.

Majlis keramaian untuk meraih kedua mempelai disajikan dengan tarian tradisiona­l iaitu tarian Mangalai bagi meraih kedua mempelai setelah berkahwin. Umumnya, suku-suku etnik yang lain juga mempunyai tarian yang disebut Mangalai ini tetapi tarian Mangalai Dusun Subpan ini terdapat perbezaan dari segi irama muzik, lenggokan badan dan tangan yang biasanya ditarikan berpasanga­n atau perseorang­an iaitu lelaki sahaja.

Terdapat tarian Gabiluk yang juga merupakan salah satu tarian suku kaum Dusun Subpan yang hanya dilakukan untuk menjalanka­n upacara mengubati pesakit yang dinamakan Gadien yang merupakan cara perubatan tradisiona­l mengikut kepercayaa­n dan pengamalan suku kaum Dusun Subpan untuk mengubati pesakit.

“Gadien kurang diamalkan pada masa kini kerana mempunyai pantang yang berat iaitu pesakit yang sudah diubati seumur hidupnya tidak boleh memakan seperti ular dan monyet yang bagi bangsa kami boleh dimakan dan jika pantang itu dilanggar pasti akan membawa maut kepada individu tersebut,” katanya.

Menurut Baginda, terdapat kunjungan daripada pihak luar terutamany­a pengkaji sejarah ke tanah perkuburan lama Dusun Subpan seperti Gua Tapadung dan Gua Batu Balos untuk menjalanka­n kajian sebagai rujukan kepada mereka.

Ti

dak kurang juga dengan seni budaya seperti adat perkahwina­n dan tarian tradisiona­l yang menarik untuk dirungkai mengundang para pengkaji dan penggiat seni kebudayaan untuk mengumpul maklumat.

Suatu perancanga­n jangka panjang untuk membangunk­an sektor pelanconga­n dalam mempromosi­kan Dusun Subpan kepada umum telah dirangka setelah mendengar banyak komen positif dan cadangan membangun daripada pihak lain.

“Kami menyambut baik hasrat dan cadangan daripada pihak lain untuk mengambil peluang menjadikan sektor pelanconga­n sebagai tarikan baharu kepada pelancong sekaligus mempromosi­kan Subpan terus dikenali umum,” katanya.

Baginda mengulas bahawa pihaknya telah menghantar satu borang permohonan kepada wakil Internatio­nal Tourism Kota Kinabalu untuk dibawa ke peringkat antarabang­sa untuk menjadikan tapak warisan mereka sebagai sebuah tempat pelanconga­n.

“Walaupun tinggalan itu sejarah aslinya milik Dusun Subpan tetapi prosedur berdasarka­n undang-undang perlu diikuti dimana kami perlu mendapatka­n kelulusan daripada pihak yang bertanggun­gjawab,” katanya.

Usaha ini bertepatan dengan hasrat negara untuk mempesatka­n lagi ekonomi Malaysia sebagai destinasi pelanconga­n pilihan antarabang­sa sekaligus memberi faedah kepada Dusun Subpan itu sendiri. Walaupun bangsa ini menpunyai kekurangan untuk mengekalka­n keaslian identiti Subpan dari segi bahasa tetapi mereka terus bangkit kerana kesukuan itu perlu dipulihara bukannya terus dilupakan.

Baginda Sunoi Rumokai, YDP Suku Kaum Dusun Subpan kini juga berkhidmat sebagai setiausaha di Koperasi Setiajaya Stevedorin­g Dan Pengangkut­an Bhd. dan juga Ketua Kampung Opak iaitu salah satu perkampung­an yang terletak di Segama Lahad Datu.

“Kami menyambut baik hasrat dan cadangan daripada pihak lain untuk mengambil peluang menjadikan sektor pelanconga­n sebagai tarikan baharu kepada pelancong sekaligus mempromosi­kan Subpan terus dikenali umum.” BAGINDA SUNOI RUMOKAI Yang Dipertua Suku Kaum Dusun Subpan

 ??  ??
 ??  ?? KERANDA ukiran kepala kerbau. KERANDA ukiran kepala rusa.
KERANDA ukiran kepala kerbau. KERANDA ukiran kepala rusa.
 ??  ?? BAGINDA SUNOI
BAGINDA SUNOI
 ??  ?? TAPAK perkuburan lama di Gua Batu Balos.
TAPAK perkuburan lama di Gua Batu Balos.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia