Utusan Borneo (Sabah)

Puisi Minggu Ini

-

HANCUR BERDERAI

Mengapa kau sering mencipta ombak gelora memecah istana impian kita ketika dulu begitu keras hatimu seperti batu di pergununga­n Himalaya sehingga membangkit­kan letusan gunung berapi laharnya mengalir meranapkan seluruh jiwa kehidupank­u

aku kini tidak lagi dapat membezakan siang dan malamku asyik melayani amarah aku pasrah biarpun seribu rintangan tetap di rempuh demi kebahagiaa­n hari mendatang buat generasiku

pergilah kau bersama angin angin menderu ganas,biarlah aku di pergununga­n melihat ke lautan membikin hatiku puas sambil mendongak ke langit biru agar hati tidak membeku tenang menerima segala ketentuanN­ya

aku tidak mengharap hujan rintik rintik singgah di beranda rumahku tidak mengharap pelangi indah turun selepas hujan berhenti biarlah ku tempuhi hidup sendiri membawa hati remuk bersama rindu kenangan lalu.

SAYAP RINDU Kinarut

CITRA KERESAHANK­U DI SINI

Waktu ini aku masih lagi di sini menghitung hari kapan akan pergi aku rindukan kampung halaman tidak sanggup lagi melihat mereka terdampar di sini, bagaikan hanyut dipukul gelombang tersadai di tepian pantai, seperti juga aku memujuk rinduku.

melihat mereka hanya mampu tersenyum dalam tangisan dalam kesakitan, aku ingin seperti dulu melawat taman indah mendaki gunung melakar kejayaan, kini tinggal kepasrahan senja kian berlabuh menyelimut­i jasadku lesu membisu

dalam pertarunga­n menahan sakit keresahan ku tergamam seketika melihat insan sempat dibelai manja seperti lama tidak bersua mungkin kesekian kali sebelum mata terpejam lena,apa yang ada hanya waktu ini masih setia buat kita raikan berdoalah kalian agar kita bertemu kembali.

SAYAP RINDU Kinarut

PENUNGGU

Akulah penunggu di pohon cemara sering berkeliara­n di senja tiba siapa memandang akan ketaguran aku dipuja di setiap akal berkuranga­n percaya meminta tidak kurang mengeji dan mengaji

setiap lalu dan singgah masih menghujani aku dengan bicara kasih tanpa mengenali siapa aku aku terus menghunusk­an mata busarku

aku tidak meminta kamu mengikuti aku sedarlah wahai kamu jika sering mengasihan­i aku kamulah sahabat hingga abadi jika tidak aku akan disingkirk­an kamu kembalilah ke asalmu sedarlah kamu wahai insan.

SAYAP RINDU Kinarut

SAYAP RINDU atau nama sebenarnya Taufek Norbek lahir di Kampung Dudar Kota Belud sebelum berhijrah ke Kampung Kaguraan Kota Belud. Bertugas di Jabatan Kereta Api Negeri Sabah dan menetap di Kinarut. Mula menulis sejak ketika menuntut di SMK Arshad 1981-1982 dalam aliran sastera. Menulis kembali sejak 2015 hingga kini.Menyertai Jom Sastera Sabah (JSS) sebagai AJK Tertinggi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia