Hyundai Tucson 2.0 diesel temui pelanggan
Tawar pembelian hujung minggu berganda pada 9-10, 16-17 Sept
KOTA KINABALU; Rightpower Corporation Sdn Bhd memperkenalkan kenderaan Hyundai Tucson 2.0 diesel, dibekalkan tramisi 6 kelajuan automaik.
Pengurus Daerah Rightpower Corporation Wilayah Sabah Victor W.T. Fong berkata, Tucson 2.0 diesel dilengkapi sistem kawalan mod pemanduan dengan tiga pilihan iaitu normal, sport dan eko.
Katanya, Tucson 2.0 diesel juga dilengkapi sistem tailgate pintar, membuat pemuatan dan pemungah kenderaan lebih mudah dengan membuka tailgate secara automatik apabila pemandu berdiri dibelakang kereta dengan kunci pintar selama tiga saat,” katanya.
“Kenderaan ini juga dilengkapi enam beg udara dan audio mitigasi,” katanya pada sidang media di sini pada Jumaat.
Victor berkata, pihaknya mengadakan tawaran hujung minggu berganda (double
STAF
“Kenderaan ini juga dilengkapi enam beg ” udara dan audio mitigasi VICTOR W.T. FONG
Pengurus Daerah Rightpower Corporation Wilayah Sabah
weekend) kepada pelanggan Tucson 2.0 diesel (turbo dan elegent) iaitu pada 910 September dan 16-17 September 2017.
“Tawaran ini ada untuk servis percuma sama ada 5 tahun atau perjalanan 100,000 kilometer termasuk alat ganti dan caj pekerja. Yang mana satu dahulu.
Pembeli juga akan diberikan boucer pembelian Parkson shopping mall sebanyak RM500 ,” katanya.
Victorberkata,sepertibiasa Rightpower Corporation menyediakan perkhidmatan bantuan 24 jam untuk kenderaan Hyundai yang menghadapi masalah dimana sahaja.
Untuk keterangan lanjut hubungi pejabat Rightpower Corporation di 088-702222 (Kota Kinabalu) dan 088225611( Sandakan).