Utusan Borneo (Sabah)

Hyatt perkenal semula menu ‘Dim Sum Weekend Brunch’

- Oleh SADDAM EDRIS

KOTA KIBABALU: Hyatt Regency membawa semula menu ‘Dim Sum Weekend Brunch’ dengan menawarkan lebih 30 jenis Dim Sum yang dibuka setiap hujung minggu bermula 9 September ini.

Hidangan yang menggabung­kan waktu makan pagi dan tengah hari (Brunch) itu bagi mengimbau semula memori di Restoran Cina pada masa dahulu.

Berbekalka­n kepakaran Chef Kenny Chen bersama pasukannya, pendekatan kulinari moden kepada tradisi dim sum yang asli akan mampu menarik pencinta hidangan makanan berkenaan.

“Di Restoran Nagisa, tetamu boleh menikmati hidangan Dim Sum, Ladu dan Wontons yang menarik dan dibuat menggunaka­n bahanbahan segar dan terbaik.

“Sudah tiba masanya, pengunjung berkumpul bersama keluarga mahupun rakan-rakan seperti pada masa lalu menikmati menu

menunjukka­n salah satu jenis Dim Sum yang ditawarkan sempena menu ‘Dim Sum Weekend Brunch’.

Dim Sum setiap hujung minggu,” jelas Chen yang berpengala­man memasak Dim Sum selama 21 tahun itu.

Beliau berkata, kehadiran pengunjung yang memberangs­angkan pada saat akhir pembukaan Restoran Cina, menyebabka­n beliau membawa semula hidangan Dim Sum ke dalam menu untuk memenuhi selera dan permintaan pengunjung.

Chen juga menaruh keyakinan bahawa hidangan Dim Sum yang disediakan oleh beliau cukup berbeza daripada yang lain melalui keaslian rasa.

“Rasa dan bentuk Dim Sum kami juga unik dan mereka (pengunjung) akan bebas dari penggunaan bahan perisa makana (MSG) agar hidangan sentiasa segar dan sesuai untuk semua peringkat umur,” katanya.

Katanya, pengunjung boleh datang ke Restoran Nagisa bermula jam 8 pagi hingga 2 petang menikmati Dim Sum dengan harga RM70 bagi setiap orang.

Sebarang tempahan boleh hubungi 088-221234 (Restoran Nagisa) atau emailkan kepada kinabalu.

 ??  ?? CHEN
CHEN
 ??  ?? DIM Sum.
DIM Sum.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia