Pairin bayangkan wujud kilang memproses halia di Tambunan
TAMBUNAN: Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan membayangkan ingin melihat sebuah kilang besar memproses halia diwujudkan di daerah ini.
“Namun ia memerlukan perbincangan bersama dalam mewujudkan satu konsep yang menggerakkan hati kita untuk meningkatkan volume keluaran halia tiga kali ganda daripada yang ada sekarang,” katanya.
Berucap merasmikan Pesta Halia dan Bambu peringkat daerah di Pisompuruan Square di sini pada Khamis, Pairin telah melawat sebuah kilang halia yang terbesar di Australia dan menjadi tumpuan oleh pelabur-pelabur dan pelancong dari luar.
Katanya, bukan senang mereka bermula kerana halia yang mereka proses itu tidak mencukupi dan terpaksa diimport dari Hawaii dan lainlain negara.
Pairin berpendapat usaha mengembangkan penanaman halia di daerah ini akan diteruskan dengan hasil yang diperolehi dapat ditingkatkan lagi setiap tahun bagi merealisasikan pewujudan sebuah kilang yang menjadi impian setiap petani halia di daerah ini.
Menurut beliau, Pesta Halia dan Bambu ini akan menjadikan daerah ini untuk terus memberi showcase kepada masyarakat di lain tempat bagaimana petanipetani di daerah ini telah mencapai satu kemajuan.
Katanya, untuk pengeluaran hasil halia di daerah ini memerlukan 60 tan setahun sebagai memenuhi permintaan dari luar yang begitu banyak sekali.
“Dan ini telah memberi
THOMAS Pairin.
gambaran betapa kita mempunyai satu produk yang yang kita boleh perolehi dan boleh mengusahakannya produk ini (we are willing to have and able to plant this product).
“Kita akan melipatgandakan usaha kita dalam pengeluaran hasil halia kerana ramai yang membeli produk ini daripada daerah ini selain itu kita juga mendapat hasil pendapatan yang lebih baik.
“Petani-petani juga perlu memberikan tumpuan, tenaga, perkembangan dan peningkatan produk kita di daerah ini dengan jumlah pengeluaran yang terus meningkat kerana ia merupakan satu pendekatan pada kita menggunakan peluang-peluang terbuka di luar sana,” katanya.
Pairin yang juga Menteri Pembangunan Infrastruktur berkata, produk halia boleh dijadikan resipi makanan, minuman, sabun, manisan dan lain-lain lagi sementera produk bambu dijadikan chacoal, kraftangan, perabot dan lainlain lagi.
Katanya, chacoal yang diperbuat daripada bambu digunakan untuk memasak dan mengeluarkan minyak dan boleh dijadikan ubat nyamuk juga.
Ahli Parlimen Keningau
PAIRIN
itu berharap agar pengalaman dan ilmu yang diperolehi melalui ceremah-ceramah yang diadakan sempena dengan pesta itu mengenai penanaman dan potensi bambu dapat membantu penanam-penanam bambu mengembangkan lagi perusahaan mereka di daerah ini supaya bukan sahaja mendatangkan pendapatan tetapi juga membantu menyumbang terhadap industri pelancongan dan pertanian di daerah ini.
“Kita perlu bersama-sama untuk mengeluarkan hasil yang optimum daripada daerah kita dan pedalaman dan hanya dengan kerjasama, persefahaman dan berkongsi ilmu pengetahuan daripada pakar-pakar kita akan terus membawa industri kita ini maju ke hadapan.
“Kita gunakan peluangpeluang terbuka sebagai dorongan yang kuat untuk kita terus bersama-sama memperkembangkan industri bambu dan halia ini.
“Saya percaya apabila kita menyelami dengan lebih mendalam lagi tentang bambu dan halia ini kita akan dapat mengembangkan lagi ekonomi kita di daerah ini,” katanya.
Beliau meminta agar penduduk di daerah ini menggunakan bakat sedia ada dan percaya ramai mempunyai banyak bakat dalam industri pelanconganinisebagaikekuatan industri ini di daerah ini.
Pairinberkata,initermasuklah pemuzik, penyanyi dan ahli sukan dan mereka harus pupuk dan kembangkan bakat-bakat ini bahawa Tambunan had talent.
Katanya, untuk maju mereka hendaklah berkongsi usaha, pengalaman dan kepakaran yang digunakan secara berterusan dengan dorongan menyertai program-program kerajaan bagi mendapat kemahiran dan tunjukajar melalui penggunaan inisiatif sehingga dapat menunjukkan bahawa petani-petani dan usahawan di daerah ini telah maju dengan peningkatan hasil setiap tahun kepada kadar yang terus berkekalan dan berubah kepada satu pengggabungan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) dalam membantu pertumbuhan ekonomi daerah dan negeri ini.
“Saya mengucapkan tahniah kepada petanipetani yang berjaya dalam pencapaian prestasi mereka yang membanggakan dalam perusahaan tanaman halia dan bambu,” katanya.
Hadir sama pada majlis itu Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Edward Yong, Pegawai Daerah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Thomas Logijin, ketua-ketua jabatan kerajaan negeri dan persekutuan dan pemimpin-pemimpin masyarakat.