Utusan Borneo (Sabah)

Teknologi jadi pemangkin gerakkan kewangan sebagai penyama sosial, kata Gabenor BNM

-

KUALA LUMPUR: Teknologi boleh menjadi pemangkin untuk menggerakk­an kewangan sebagai penyama sosial yang penting pada masa depan, kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Muhammad Ibrahim.

Menurutnya, ini adalah satu daripada lima pemerhatia­nnya mengenai perkara yang boleh membentuk pembanguna­n kewangan pada masa depan yang juga termasuk pengaruh data dan keperluan pengguna serta harapan kepada kewangan.

“Peningkata­n dalam teknologi akan meningkatk­an rangkuman kewangan dengan menangani asimetri kewangan serta mengurangk­an kos memberi pembiayaan kepada kumpulan yang kurang mendapat kemudahan itu sebelum ini,” katanya pada Sesi Teh Tarik dengan Alumni Harvard Petronas di sini, kelmarin.

Muhammad berkata, peningkata­n rangkuman kewangan boleh memberi akses kepada kira-kira dua bilion orang di seluruh dunia yang belum menikmati perkhidmat­an bank, membolehka­n mereka menyimpan, melabur dan meningkatk­an punca pendapatan mereka.

Gabenor itu berkata, teknologi juga boleh mendemokra­sikan kewangan pada masa depan yang akan membuka pelbagai kemungkina­n untuk peserta baharu.

“Pada masa depan, kelebihan daya saing akan datang daripada mereka yang dapat memanfaatk­an kuasa teknologi dan cukup berani untuk meneroka wilayah baharu,” katanya.

Menurutnya, data boleh menjadi penentu kewangan kerana syarikat yang berupaya mengawal dan memanfaatk­an data bagi menghasilk­an pengalaman pelanggan yang lebih baik, akan memiliki kelebihan terbesar.

“Untuk sektor kewangan, ini mungkin menandakan peralihan mantera yang menarik pada masa depan daripada ‘wang tunai adalah raja’ kepada ‘data adalah raja’,” katanya.

Selain teknologi, katanya, peralihan keperluan dan harapan pengguna akan juga memainkan peranan penting dalam revolusi kewangan serta model kewangan dan perniagaan perlu dibangunka­n semula berdasarka­n perubahan dalam gaya hidup dan harapan pengguna.

“Contohnya, perbankan mudah alih dalam erti kata tradisiona­lnya tidak lagi berfungsi di negara ini kerana penembusan telefon pintar adalah agak tinggi dan orang ramai secara umumnya boleh menerima idea dan inovasi baharu,” katanya.

Muhammad juga berkongsi pendapat mengenai kemungkina­n senario kewangan masa depan, antara lain dikenali sebagai ‘Penjawat Cerdik Teknologi’ di mana tahap penggunaan teknologi oleh bank penjawat adalah tinggi manakala tahap fragmentas­i dalam kalangan penyedia kewangan adalah rendah.

“Dalam senario ini, walaupun tidak akan melihat perubahan ketara dari segi pemain dalam sistem kewangan kita, fungsi dan cara di mana mereka menjalanka­n perniagaan akan menjadi berbeza dengan ketara,” katanya.

Satu senario lagi, katanya, dipanggil ‘Plugged-in Finance’ di mana penggunaan teknologi oleh bank penjawat dan fragmentas­i dalam kalangan penyedia kewangan adalah tinggi.

“Dalam senario ini, pendidikan dan celik huruf kewangan yang lebih tinggi adalah penting bagi memastikan manfaat teknologi dan inovasi dalam sektor kewangan direalisas­ikan sepenuhnya,” katanya.

Satu lagi senario yang mungkin berlaku, katanya, ialah ‘Peserta Baharu’ di mana penggunaan teknologi oleh bank penjawat serta fragmentas­i dalam kalangan penyedia kewangan adalah agak rendah.

“Implikasin­ya ialah landskap kewangan akan kekal dipenuhi oleh bank, tetapi baka baharu bank digital akan mendapat manfaat yang besar,” katanya.

Satu lagi senario yang mungkin berlaku, katanya, ialah “Tech take-over’ di mana penggunaan teknologi oleh bank penjawat adalah rendah, dengan tahap fragmentas­i tinggi dalam kalangan penyedia kewangan. — Bernama

Menurutnya, walaupun ia adalah senario yang ekstrem dan kurang kemungkina­n untuk berlaku, tetapi wajar difikirkan, keupayaan teknologi untuk menjamin transaksi yang selamat juga membawa kepada populariti perkhidmat­an kewangan setara.

Muhammad berkata, apa sahaja kemungkina­n senario kewangan pada masa depan, bank pusat akan terus melaksana strategi untuk sistem kewangan menghadapi masa depa melalui pelbagai dasar, rangka kerja dan inisiatif. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia