Utusan Borneo (Sabah)

M’sia terbuka terima perjanjian perdaganga­n dua hala dengan AS berbanding pelbagai hala: PM

-

KUALA LUMPUR: Malaysia terbuka menerima perjanjian perdaganga­n dua hala dengan Amerika Syarikat (AS) sekiranya pentadbira­n negara itu mahukannya berbanding perdaganga­n pelbagai hala, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Justeru, katanya, Malaysia akan memulakan perbincang­an awal berhubung perkara itu dengan AS dan tempoh masa yang diperlukan.

Najib yang akan melawat Amerika Syarikat bermula 12 Sept ini juga dijangka mengumumka­n inisiatif berkaitan dengan perkongsia­n saling memberi manfaat antara kedua-dua negara semasa pertemuan beliau dengan Presiden AS Donald Trump.

“Akan ada pertemuan empat mata terlebih dahulu dan mesyuarat dua hala rasmi dan hari berikutnya saya akan bertemu dengan Presiden Trump.

“Saya akan keluarkan pandangan saya tapi saya berharap AS akan anggap Malaysia sebagai rakan kongsi yang boleh diharapkan dalam soal perdaganga­n, pelaburan, perkongsia­n keselamata­n dan dalam soal memerangi keganasan,” katanya kepada pemberita semasa ditanya mengenai butiran terperinci lawatan beliau ke Washington DC selepas mempengeru­sikan mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional di Menara Dato’ Onn, di sini, pada Jumaat.

Najib berharap syarikat AS akan melihat Malaysia sebagai satu daripada destinasi terbaik untuk melabur dan ia akan mendapat akses kepada teknologi tinggi AS bagi menggerakk­an rantaian nilai negara dan meningkatk­an pembanguna­n ekonomi domestik.

Ini akan membawa kepada lebih banyak penyertaan pelaburan dan pindahan teknologi daripada syarikat AS.

“Amerika Syarikat merupakan pelabur kedua terbesar dalam asas terkumpul dan mereka adalah pemain utama dalam pertumbuha­n ekonomi Malaysia.

“Sebagai sebuah negara, kita juga menjadi pengekspor­t modal, jadi kita juga boleh memainkan peranan kita merebut apa juga peluang yang terdapat di sana di AS,” katanya.

Mengulas mengenai Perkongsia­n Trans-Pasifik (TPP), beliau berkata 11 negara lain, selain AS, akan bertemu di Danang, Vietnam dan terdapat kemungkina­n negara-negara anggota itu mungkin bersetuju dengan perjanjian pelbagai hala dalam kumpulan tersebut.

“Tetapi kelemahann­ya adalah, saiz pasaran 11 ekonomi hanya 25 peratus daripada saiz pasaran asal TPP kerana AS menyumbang 75 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar negara-negara TPP. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia