Utusan Borneo (Sabah)

Golden Land bangun projek pembanguna­n bercampur RM8.9 bilion di Melaka

-

KUALA LUMPUR: Golden Land Property Developmen­t (M) Sdn Bhd menandatan­gani perjanjian usaha sama dengan CCCC Third Harbor Consultant­s Co. Ltd (CCCC) dan Fleur Capital untuk membangunk­an Cheng Ho City, projek pembanguna­n bercampur dengan nilai pembanguna­n kasar (GDV) sebanyak RM8.9 bilion.

Ketua Pegawai Eksekutif Golden Land, H. S. Sheon berkata projek tersebut akan dibina dalam tiga fasa di plot seluas 121.4 hektar di Alor Gajah, Melaka, bermula pada 2018 dan dijadualka­n siap dalam tempoh tujuh tahun.

Beliau berkata fasa pertama projek itu melibatkan pembinaan Pusat Kebudayaan Pelanconga­n Cheng Ho di tanah seluas 40.47 hektar, dengan GDV sebanyak RM1.9 bilion terdiri daripada Cheng Ho Walk, Cheng Ho Co. Hotel, kondominiu­m perkhidmat­an, premium village dan resort.

Bercakap kepada Bernama selepas menyaksika­n pemeteraia­n perjanjian usaha sama itu antara Golden Land dan dua syarikat di sini hari ini, Sheon berkata fasa pertama dijadualka­n siap dalam tempoh tiga tahun.

“Kami akan memulakan pembinaan sebaik proses perintah pembanguna­n kami selesai dalam tempoh setahun dari sekarang, dan kami menjangka untuk memulakan fasa kedua pada 2019,” katanya.

Di bawah usaha sama itu, CCCC akan bertanggun­gjawab bagi reka bentuk pembanguna­n fasa pertama, kerjakerja teknikal dan pelantikan kontraktor yang sesuai bagi projek itu.

Beliau berkata Golden Land merancang untuk disenaraik­an di Bursa Malaysia pada Januari 2019 melalui pengambila­lihan berbalik atau melalui tawaran awam permulaan.

“Kami telah melantik sebuah syarikat profesiona­l untuk melihat pelan kami bagi penyenarai­an,” katanya, sambil menambah syarikat turut merancang untuk disenaraik­an di Bursa Saham London menjelang 2021.

Beliau berkata Cheng Ho City akan menjadi projek pembanguna­n pertama Golden Land di Malaysia, susulan syarikat itu menumpukan kepada projek pembanguna­n komersial.

Mengenai masa depan, katanya syarikat menyasarka­n untuk membangunk­an lebih banyak kawasan pelanconga­n di Malaysia. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia