Utusan Borneo (Sabah)

Taman Bukit Setia juara keseluruha­n

Pertanding­an Kebersihan 2017 Antara Blok

- Oleh ALFRED PETRUS (tengah) merakamkan gambar kenangan bersama para pemenang pertanding­an berkenaan.

KOTA KINABALU: Taman Bukit Setia Program Perumahan Rakyat (PPR) Dua Kuala Manggatal dinabotkan sebagai juara keseluruha­n Pertanding­an Kebersihan 2017 Antara Blok di projekproj­ek perumahan yang disewakan oleh Lembaga Pembanguna­n Perumahan dan Bandar (LPPB).

Pengurus Besar LPPB Rosnani Asmat berkata, johankesel­uruhanmemb­awa pulang piala pusingan pertanding­an berkenaan.

Selain juara keseluruha­n katanya, pertanding­an ini juga turut menawarkan anugerah khas untuk kategori Lanskap Tercantik yang dimenangi oleh Taman Jaya Diri PPR Satu Kuala Manggatal, diikuti oleh Taman Puri Warisan Kalansanan di tempat kedua dan Taman Bukit Setia di tempat ketiga. Tambahnya, pertanding­an yang dijalankan sejak Januari itu turut mempertand­ingkan beberapa kategori daripada penyertaan empat buah projek perumahan yang terlibat selain Taman Bukit Setia PPR Dua Kuala Manggatal.

“Terdapat empat buah projek perumahan yang terlibat iaitu Taman Jaya Diri PPR Satu, Taman Bukit Setia PPR Dua, Taman Puri Warisan Kalansanan dan Rumah Pangsa Tg. Aru.

“Pertanding­an ini juga bersempena dengan sambutan ulang tahun ke-50 LPPB tahun ini yang mana bertujuan untuk menggalakk­an dan mewujudkan budaya sentiasa menjaga kebersihan dalam kalangan setiap penyewa di projek-projek perumahan yang disewakan oleh LPPB,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penutupan Program Pertanding­an Kebersihan Antara Blok di projek-projek perumahan yang disewakan oleh LPPB, di sini pada Sabtu.

Jelasnya, melalui program pertanding­an kebersihan seumpama itu, usaha kerajaan melalui agensi perlaksana seperti LPPB berjaya meningkatk­an kesedaran dan seterusnya mendidik pendudukpe­nduduk yang tinggal di kawasan perumahan yang disewakan agar sentiasa cintakan aspek kebersihan serta persekitar­an yang indah mahupun cantik.

Katanya, antara objektif pertanding­an berkenaan adalah menyemaika­n sifat cintakan kebersihan dalam kalangan para penyewa di kawasan tempat tinggal mereka di projek-projek perumahan yang ditadbir urus oleh LPPB dengan mengadakan pertanding­an kebersihan seumpama itu.

“Mengubah cara pemikian penyewa tentang kebersihan di tempat mereka tinggal serta meningkatk­an rasa tanggungja­wab para penyewa terhadap kebersihan di tempat mereka tinggal seterusnya rasa kerjasama dan semangat kejiranan melalui aktiviti kebersihan yang berterusan.

“Meningkatk­an tahap kebersihan di setiap projekproj­ek perumahan LPPB dengan mengadakan jadual permantaua­n kebersihan oleh para juri kebersihan secara berterusan.

“Meningkatk­an imej LPPB di mata pihak luar melalui peningkata­n tahap kebersihan dan keceriaan yang terserlah di setiap projek-projek perumahan yang ditadbir urus oleh LPPB,” katanya.

Sementara itu majlis berkenaan dirasmikan oleh Ahli Parlimen Sepanggar Datuk Jumat Idris.

Turut hadir Setiausaha Tetap, Kementeria­an Kerajaan Tempatan dan Perumahan merangkap Ahli Lembaga Pengarah LPPB Datuk Ginun Yangus.

“Terdapat empat buah projek perumahan yang terlibat iaitu Taman Jaya Diri PPR Satu, Taman Bukit Setia PPR Dua, Taman Puri Warisan Kalansanan dan Rumah Pangsa Tg. Aru. Pertanding­an ini juga bersempena dengan sambutan ulang tahun ke-50 LPPB tahun ini yang mana bertujuan untuk menggalakk­an dan mewujudkan budaya sentiasa menjaga kebersihan dalam kalangan setiap penyewa di projek-projek perumahan yang ” disewakan oleh LPPB. ROSNANI ASMAT Pengurus Besar LPPB

 ??  ?? JUMAT
JUMAT

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia