Utusan Borneo (Sabah)

Cathy Woritus bakal terbitkan single bahasa Inggeris

- Oleh MOHD AFIS ISMAIL (Pelatih UMS)

MERANGKUL Anugerah Penyanyi Popular dan Juara Sugandoi Peringkat Negeri Sabah 2012, Cathy Woritus bakal terbitkan single bahasa Inggeris pertamanya bertajuk ‘Two Days Of Loving You’ dan dalam proses memperbaha­rui lagu ‘Hurkalo Tombolog’ bersama S.Welley.

Hasil ciptaan dan penulis lirik oleh Bobby Patrick, lagu terbitan A.G.R.E Record itu dijadual akan menembusi corong radio tempatan hujung tahun ini.

Penyanyi lagu Melayu, Kadazan, Dusun dan Inggeris ini pernah berkolabor­asi dengan artis tempatan, Diana Clevon Monjuil melalui lagu ‘Uha Noh’ dan ‘Oi Aka Oi Ati’ bersama Leon Majuni.

Selain menjadi mentor kepada Finalis Sugandoi Peringkat Negeri pada 2016 sehingga 2017, Cathy pernah menjuarai Juara Sugandoi Peringkat Daerah PPG 2012, Johan menyanyika­n lagu patriotik anjuran UPKO Malaysia 2015 dan Naib Johan Carta Lagu Kadazan 2012-2013.

Anak kelahiran Penampang ini pernah mener- bitkan beberapa album kompilasi dan menghasilk­an lebih dari 15 lagu ciptaan nyanyian sendiri.

Cathy juga dalam proses menghasilk­an single Kadazan bertajuk ‘Twist Ponsikou’ dengan kerjasama Andrew Poninting (Apai) dan Rollis Mitol.

Beberapa lagu nyanyian Cathy yang selalu menjadi pilihan pesertapes­erta sugandoi setiap tahun termasuk ‘Pitong Kizadan’, ‘Opion Ku Nopo’, ‘Posondion Ku’, ‘Piginavaan Di Natahup’ dan Kointutuno­n.

Usahanya dalam mewarnai industri seni Sabah dari awal penglibata­n pada tahun 2005 kekal sehingga hari ini.

Beliau mengharapk­an respon positif daripada penggemar lagu-lagu tempatan seiring dengan perkembang­an arus muzik semasa.

 ??  ?? CATHY
CATHY
 ??  ?? CATHY semasa membuat persembaha­n.
CATHY semasa membuat persembaha­n.
 ??  ?? CATHY semasa di studio rakaman.
CATHY semasa di studio rakaman.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia