Utusan Borneo (Sabah)

‘Big boss’ dicekup, polis lumpuh rangkaian edar dadah Sibu

-

SIBU: Polis percaya telah berjaya melumpuhka­n satu rangkaian pengedaran dadah di bandar ini dengan tertangkap seorang dalang bersama tujuh yang lain dalam serbuan di sebuah rumah sewa di Jalan Makmur di sini pada jam 11.30 pagi Rabu lepas.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Saiful Bahri Abdullah berkata, serbuan diketuai Superinten­dan Sahar Abdul Latif bersama pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik IPK Sarawak itu berjaya menahan empat lelaki dan empat wanita tempatan berusia antara 25 hingga 46 tahun.

“Polis juga berjaya merampas sebanyak 126 gram serbuk disyaki dadah ketamin dan 11.95 gram serbuk disyaki syabu yang dianggar bernilai RM44,880.00,” katanya pada sidang media di IPD Sibu pagi semalam.

Menurut beliau, suspek utama merupakan ‘big boss’ dipercayai tidak ‘pegang’ barang sebalik mempunyai orang suruhan menjalanka­n aktiviti dadah samada menjual keluar dadah dan menunggu pelanggan datang ke rumah sebagai modus operandi.

Katanya, suspek utama berumur 44 tahun disyaki pengedar dadah merupakan penyewa premis juga sedang menjalani sekatan di bawah Seksyen 7(1) ADB (LLPK) 1985.

Katanya, suspek utama ini pernah ditangkap sebanyak dua kali di bawah kesalahan sama dan didapati melanggar syarat Perintah Sekatan dan boleh diambil tindakan di bawah Seksyen 7(3) ADB (LLPK) 1986 kerana melanggar syarat sekatan.

Berdasar pandangan beliau, suspek utama mampu mengaut keuntungan dianggarka­n mencecah RM280,000 dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 masing-masing membawa hukuman gantung sampai mati.

Jelasnya, denda tidak lebih RM5,000 atau penjara tidak lebih dua tahun juga dikena bagi kesalahan mengguna dadah jika sabit kesalahan.

“Semakan mendapati kesemua suspek mempunyai rekod jenayah lampau. Rampasan dibuat merupakan saki baki dadah dipercayai telah banyak dijual sebelum ini,” katanya.

Menurutnya, kebanyakan suspek merupakan penggangur dipercayai datang menggunaka­n rumah itu sebagai tempat membeli dan menghisap dadah.

“Kami juga menahan penghuni rumah yang pernah ditangkap di atas kesalahan sama sebelum ini,” katanya sambil menambah, kesemua suspek direman selama tujuh hari sehingga 14 September ini.

Katanya lagi, polis juga menangkap lapan orang datang ke premis berkenaan untuk membeli bekalan dadah dan kesemuanya didapati positif dadah.

Sehubungan itu, katanya, pihaknya sedang giat menjalanka­n pemantauan di setiap penjuru masuk ke bandar ini melalui jalan darat, air dan udara.

“Sebagai contoh, terdapat pasukan polis akan mengadakan pemeriksaa­n terhadap penumpang bot ekspres di Terminal Ekspres untuk mengelakka­n pengedaran dadah ke kawasan luar bandar,” katanya sambil menambah beliau tidak mahu melihat bandar ini dijadikan pusat pengedaran dadah di rantau ini.

 ??  ?? SAIFUL menunjukka­n barang kes dirampas pada sidang media.
SAIFUL menunjukka­n barang kes dirampas pada sidang media.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia