Keunikan Sarawak harus dikongsi
KUCHING: Contoh unik bagi keamanan, kesamarataan dan sikap saling menghormati pelbagai kaum Sarawak harus dikongsi bersama negara lain di dunia.
Presiden Junior Chamber International (JCI) 2017 Dawn Hetzel berkata, Sarawak menghimpunkan pelbagai etnik yang terdiri daripada pelbagai budaya dan agama yang tinggal di sisi satu sama lain.
“Saya mahu menggalak rakyat di negeri ini untuk meneruskannya, idea hormatmenghormati untuk percaya satu sama lain.
“Selain itu, terus menyokong antara satu sama lain dan saya menggalakkan anda untuk berkongsi mesej ini dengan negara lain di dunia,” ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepasmengadakankunjungan hormat ke atas Ketua Menteri DatuK Amar Abang Johari Tun Openg di Wisma Bapa Malaysia di sini.
Delegasi berkenaan yang diketuai Presiden JCI Dunia juga bekas Presiden Nigeria, Paschal Dike turut menyampaikan sijil Perisytiharan Keamanan kepada Abang Johari.
Dawn berkata, kunjungan itu juga bagi menyampaikan penghargaan kepada Ketua Menteri atas sokongan kepada mereka sehingga membolehkan Sidang Kemuncak mengenai Keamanan diadakan di Kuching.
“Kami juga menyerahkan Perisytiharan Keamanan kepada beliau bahawa semua wakil delegasi di sini menyatakan mereka komited kepada tindakan keamanan dan idea keamanan, selain mahu menjadi penggiat dalam masyarakat di sini,” katanya.
Mengulas lanjut, beliau berkata, JCI amat berkesan dalam usaha memupuk keamanan di dunia.
“Kami menyediakan platform kepada golongan muda untuk bersuara dan bergerak aktif dalam masyarakat untuk menyertai individu lain yang mempunyai fikiran sama.
“Ini agar tindakan yang mereka ambil dalam masyarakat tempatan bukan sekadar tindakan tempatan tetapi ada kaitan dengan rangkaian global kami,” katanya.
Dawn berkata, JCI mewujudkan pergerakan global bagi tindakan dan advokasi dalam usaha menggalak idea keamanan.
Sementara itu, JCI bersama kerajaan negeri telah menganjurkan Sidang Kemuncak mengenai Keamanan 2017 dari 6 hingga 8 September bertempat di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK).
Dihadiri para peserta dari 100 negara termasuk Malaysia, ia memfokuskan kepada usahausaha perdamaian di seluruh dunia dan menetapkan peserta mengeluarkan resolusi bagi meneruskan usaha keamanan dunia.