Utusan Borneo (Sabah)

Sembilan acara tonggak ulang tahun ke-150 DUN

-

KUCHING: Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak meraikan ulang tahun yang ke-150 sejak penubuhann­ya pada 8 September 1867 dengan sembilan acara tonggak bermula semalam hingga 8 September 2018.

Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg berkata, DUN Sarawak merupakan yang tertua dalam sejarah DUN di Malaysia dan semalam merupakan hari yang amat signifikan dan bersejarah bagi rakyat negeri ini.

“Tempoh 150 tahun ini amat penting kerana proses rundingan antara rakyat dan kerajaan bermula sejak penubuhan DUN Sarawak pada September 1867.

“Meskipun tiada pilihan raya pada masa itu, tetapi kepentinga­n semua komuniti diambil kira dalam membuat dasar menerusi mesyuarat bersama pemimpinpe­mimpin tempatan yang diyakini oleh Rajah sendiri.

“Selepas itu kita mempunyai satu perlembaga­an yang telah diputuskan pada tahun 1945 di mana Rajah memberi jaminan bahawa satu masa kuasa memerintah ini akan diserah balik kepada negeri.

“Akhirnya kita mengadakan pilihan raya kerajaan tempatan untuk memberi asas kepada rakyat mengenai proses memilih sebelum Sarawak mendapat kemerderka­an daripada Kerajaan British pada 22 Julai 1963 diikuti dengan penubuhan Malaysia pada 16 September 1963.

“Apa yang penting di sini ialah kita merupakan DUN yang tertua dengan sejarah demokrasi tertua yang tidak dapat dinafikan oleh mana-mana pihak,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas pelancaran logo ulang tahun ke-150 DUN Sarawak di Kompleks DUN di sini, semalam.

Bercakap lebih lanjut mengenai sambutan ulang tahun ke-150 ini, ia bermula pada Sabtu dengan pelancaran logo yang menggambar­kan bangunan DUN yang mana seni binanya mencermink­an kumpulan etnik utama yang terdapat di negeri ini.

Sebagai sebuah bangunan parlimen yang paling indah dan unik di Asia Tenggara, bangunan DUN juga menggambar­kan Perubahan dan Kesinambun­gan.

DUN Sarawak sebelum ini telah meraikan beberapa ulang tahunnya seperti sambutan ke100 tahun, 121 tahun, 125 tahun dan 135 tahun.

Sempena dengan sambutan ke-150 tahun ini, sembilan acara tonggak dan sembilan acara DUN bersama rakyat telah dirancang yang akan diadakan sehingga 8 September 2018.

Acara-acara selepas pelancaran logo ialah program DUN bersama rakyat (9 acara), perasmian Golden Bridge, istiadat perbarisan, persidanga­n khas serta majlis jamuan negeri, perasmian pameran ulang tahun, pelancaran e-Hansard, pelancaran lagu rasmi, penerbitan cenderamat­a khas dan pelancaran buku ulang tahun.

Turut hadir pada pelancaran logo semalam Speaker DUN Datuk Amar Asfia Awang Nassar, Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, PengerusiJ­awatankuas­aSambutan Datuk Naroden Majais, Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Morshidi Abdul Ghani, menteri-menteri kabinet, ahli-ahli DUN, ketuaketua jabatan serta yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia