Utusan Borneo (Sabah)

Pele sokong keputusan Neymar hijrah ke PSG

-

PARIS: Legenda Brazil Pele menganggap penghijrah­an Neymar dari Barcelona ke Paris Saint-Germain (PSG) sebagai peluang untuk rakan senegarany­a “menjadi bintang besar”, dalam satu temu bual dengan goal.com pada Sabtu.

Pele, yang memenangi Piala Dunia sebanyak tiga kali sebagai pemain dan menjaringk­an lebih 1,000 gol dalam kariernya, berkata ia adalah sesuatu yang baik untuk Neymar meninggalk­an bayang-bayang bekas rakan sepasukan di Barca, Lionel Messi.

“Bagi Neymar, saya rasa ia (perpindaha­n ke PSG) adalah perkara terbaik,” katanya.

“Saya fikir ia adalah perkara terbaik kerana perbincang­an sentiasa ada, ‘Neymar, Messi, Neymar, Messi’. Sekarang dia ada peluang untuk menjadi bintang besar.”

Neymar menghabisk­an empat musim bersama Barcelona sebelum dia menyertai PSG yang berbelanja sakan dalam perpindaha­n rekod dunia bernilai 222 juta euro (RM1.07 bilion).

Penyerang berusia 25 tahun itu bermula di Santos, di mana Pele bermain bagi majoriti kariernya yang gilang-gemilang.

“Dia sekarang mempunyai tanggungja­wab yang berat,” tambah Pele, 76.

“Kerana orang mula membanding­kan Neymar dengan Messi. Dan sebagai seorang warga Brazil, saya berkata keraguan tiada bahawa Neymar adalah antara yang terbaik pada posisinya, kerana kita ada Cristiano Ronaldo yang juga seorang penyerang tengah.

“Namun dengan Messi, ia sedikit berbeza. Messi adalah seorang pengatur dan dia juga menjaringk­an gol.” – AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia