Utusan Borneo (Sabah)

Nadal hampiri Grand Slam ke-16

Tewaskan Del Potro di separuh akhir Terbuka AS, bakal berdepan Anderson di final

-

NEW YORK: Rafael Nadal memerlukan satu lagi kemenangan untuk memenangi kejuaraan Terbuka Amerika Syarikat (AS) yang ketiga dan mahkota Grand Slam ke-16 kelmarin selepas dia menewaskan Juan Martin del Potro 4-6, 6-0, 6-3, 6-2.

Pemain berusia 31 tahun dari Sepanyol itu, juara 2010 dan 2013 di New York, akan bermain dalam perlawanan akhir Slam ke-23 dan ketiga bagi dirinya pada tahun ini, dengan matlamat untuk menambah kejuaraan AS kepada Terbuka Perancis ke-10 yang dijuarainy­a.

Dalam perlawanan akhir pada hari ini (Ahad), pemain nombor satu dunia itu akan menentang pemain ranking ke-32, Kevin Anderson, warga pertama dari Afrika Selatan dalam tempoh 52 tahun untuk bermain dalam perlawanan kejuaraan.

Anderson mara ke peringkat akhir pertamanya di kejohanan utama dengan menewaskan pemain pilihan ke-12, Pablo Carreno Busta, dari Sepanyol 4-6, 7-5, 6-3, 6-4.

Bagi Del Potro, juara pada 2009, perlawanan kelmarin ternyata terlalu sukar selepas dia keletihan ekoran bebanan fizikal dan emosional ketika menewaskan Roger Federer dalam empat set pada pusingan sebelum ini.

“Saya menikmati musim yang menakjubka­n selepas beberapa waktu yang sukar dengan kecederaan sejak beberapa tahun yang lalu,” kata Nadal, yang memulakan 2017 dengan menduduki tempat kedua di belakang Federer di Australia.

“Ia adalah tahun yang sangat emosional bagi saya. Saya bermain di final sekali lagi dan berpeluang untuk merebut satu lagi kejuaraan yang sangat penting.” Nadal berkata kunci kepada kemenangan pada Sabtu adalah perubahan taktik selepas set pertama. “Saya bermain terlalu banyak kepada pukulan kilasnya dan saya rasa dia menunggu saya di sana,” kata Nadal selepas kemenangan­nya yang ke-15 berturut-turut pada peringkat separuh akhir Grand Slam.

“Saya mengubahny­a dan ia sangat berkesan. Saya memaksa dia bergerak lebih banyak dan menjadikan segalanya lebih tidak dapat diramalkan.”

Nadal menamatkan cabaran dengan 45 pukulan kemenangan dan 20 kesilapan berbanding 23 dan 40 bagi Del Potro.

Walaupun rekod kemenangan 4-0 ke atas Anderson, Nadal berkata dia tidak akan memandang rendah lawannya pada hari ini. “Dia seorang pemain yang sangat berbahaya dengan servis kencang dan bermain sangat baik di atas permukaan ini. Saya sudah mengenalin­ya sejak kami berusia 12 tahun.

“Dia sudah mengalami banyak kecederaan tetapi cara dia bangkit adalah contoh yang amat baik bagi golongan muda.”

Del Potro, yang menyelamat­kan dua mata akhir perlawanan ketika menentang Dominic Thiem dalam perlawanan peringkat 16 terakhir dari mana dia hampir menarik diri kerana demam, memperoleh­i satu-satunya break pada set pertama dalam permainan kelima.

Bagaimanap­un tidak ramai yang akan iri hati dengan nasib yang dinikmati Del Potro selepas dia hampir bersara disebabkan oleh empat pembedahan pergelanga­n tangan yang menyaksika­n rankingnya jatuh serendah 1,045 dan menyebabka­nnya untuk tidak bermain dalam 10 kejohanan Grand Slam. Nadal membalas dengan geram, dan mengumpul tiga break untuk memenangi set kedua dalam masa 26 minit selepas pemain Argentina itu mengalami penguranga­n tenaga yang begitu ketara.

Pemain Sepanyol tersebut, yang ditonton oleh Tiger Woodsdalam kotak pemainnya, kemudian meluru 30 ke hadapan dalam set ketiga sebelum Del Potro mengekang kemerosota­n, selepas kekalahan dalam sembilan permainan berturut-turut. Pemain Argentina itu menyelamat­kan dua mata set dalam permainan kelapan tetapi Nadal tidak lama kemudian memenangin­ya dengan peluang seterusnya, apabila dia memaksa lawannya bertahan sebelum dia melakukan pukulan maut ke dalam gelanggang ter- buka.

Nadal, yang ditewaskan oleh Del Potro pada peringkat yang sama pada 2009, mengetatka­n lagi tali gantung dengan dua break untuk 4-1 dana bertahan dengan mudah untuk 5-1.

Segalanya berakhir dalam permainan kelapan apabila Nadal meledakkan pukulan kilas kemenangan.

Anderson, 31, akan berusaha untuk menjadi juara Slam pertama dari negaranya sejak Johan Kriek di Terbuka Australia pada 1981.

Cliff Drysdale merupakan lelaki Afrika Selatan terakhir dalam perlawanan akhir AS pada 1965 tetapi dia ditewaskan oleh Manuel Santana.

“Ia adalah perjalanan yang jauh. Ini amat bermakna sekali bagi saya,” kata Anderson, yang menyaksika­n kariernya berada di persimpang­an pada Januari lalu apabila masalah pinggul memaksanya menarik diri dari terbuka Australia dan rankingnya jatuh ke 80.

“Inilah sebabnya kita berusaha begitu tekun sekali. Saya agak gemuruh kerana ia adalah kali pertama di atas pentas paling terkenal dalam sukan ini.” – AFP

“Saya menikmati musim yang menakjubka­n selepas beberapa waktu yang sukar dengan kecederaan sejak beberapa tahun yang lalu. Ia adalah tahun yang sangat emosional bagi saya. Saya bermain di final sekali lagi dan berpeluang untuk merebut satu ” lagi kejuaraan yang sangat penting.

RAFAEL NADAL Bintang tenis Sepanyol

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia