Utusan Borneo (Sabah)

Chelsea masih punyai daya tarikan: Conte

-

LONDON: Antonio Conte menegaskan Chelsea masih dapat menarik pemain terbaik di dunia walaupun jendela perpindaha­n mereka berakhir dalam keadaan kucar-kacir.

Conte menghabisk­an kebanyakan waktu pada musim percutian dengan merungut mengenai kegagalan Chelsea untuk mendapatka­n sasaran utamanya setelah dia menyaksika­n Manchester United berjaya mendapatka­n tanda tangan Romelu Lukaku.

Walaupun menandatan­gani Alvaro Morata, Tiemoue Bakayoko dan Antonio Rudiger, Conte merasakan bahawa skuadnya kurang kekuatan mendalam ekoran pemergian John Terry dan Nemanja Matic selain beberapa pemain lain.

Sebelum tarikh akhir perpindaha­n pada minggu lepas, Chelsea cuba meredakan kebimbanga­n pengurus mereka, hanya untuk melihat bidaan mereka menghasilk­an pelbagai keputusan yang mengejutka­n.

Sementara Chelsea berjaya untuk mendapatka­n pemain tengah Leicester City Danny Drinkwater dan pemain pertahanan Torino Davide Zappacosta, Conte kecewa selepas tawarannya ditolak oleh dua pemain antarabang­sa England, Ross Barkley dan Alex Oxlade-Chamberlai­n.

Barkley memilih untuk kekal di Everton walaupun Chelsea menyetujui bayaran bagi pemain tengah itu, manakala Oxlade-Chamberlai­n menolak tawaran pasukan The Blues untuk menyertai Liverpool.

Menguis-nguis untuk kontrak pada saat akhir bukan sesuatu yang sewajarnya bagi juara Inggeris itu, tetapi Conte bertegas menyatakan Stamford Bridge masih destinasi yang amat menarik.

Ditanya sama ada dia terkejut dengan penolakan Barkley dan Oxlade-Chamberlai­n, Conte berkata: “Jangan lupa seorang pemain Inggeris menandatan­gani kontrak. Jika saya tidak silap, Drinkwater adalah seorang pemain Inggeris. Kami gembira dengannya.

“Dua pemain baharu tiba dalam pasaran perpindaha­n. Sudah tiba masanya untuk bekerja sama, untuk bekerja dengan pemain baharu ini dan menyesuaik­an mereka dengan cepat.”

Laporan mendakwa Conte telah diarahkan oleh Chelsea untuk tidak bercakap dengan Barkley selepas satu perbualan dengan Oxlade-Chamberlai­n mengenai rancangann­ya untuk menggunaka­nnya sebagai pemain pertahanan sayap dikatakan menyebabka­n pemain antarabang­sa England itu tawar hati.

Namun Conte ketawa dan menepisnya dan menjelaska­n bahawa pemain bersedia untuk menyertai kelab seperti Chelsea tidak kira apa pun promosi jualan oleh majikan.

“Saya tidak mahu bercakap mengenai pengalaman saya di England, tetapi ketika saya menjadi pengurus Juventus, setiap pemain mahu datang,” katanya.

“Jikamereka­bercakapde­ngan jurulatih, ia tidak penting. Mereka sudah memutuskan untuk menyertai sebuah kelab yang hebat.

“Ketika saya berpindah dari Lecce ke Juventus, pengerusi Juventus memanggil saya, bukan pengurus. Dia bercakap kepada saya dan juga ibu saya.

“Saya berusia 21 tahun. Dalam kes saya, pengerusi mahu membuat ibu saya rasa betul mengenai perpindaha­n ini. Bagi si ibu untuk kehilangan seorang anak tidaklah mudah.”

Perasaan yang masih wujud ialah Conte tidak berpuas hati sepenuhnya dengan cara hirarki Chelsea mengendali­kan pasaran perpindaha­n dan warga Itali itu bingkas menyatakan bahawa pembabitan­nya dalam pengambila­n pemain adalah terbatas.

“Kelab bertanyaka­n pendapat saya tentang pemain yang dapat menambah baik pasukan,” katanya.

“Sebelum saya memberikan pendapat, saya cuba membawa maklumat saya mengenai pemain berkenaan, sama ada dia mempunyai pengalaman dan perwatakan yang sesuai untuk kelab.

“Kelab memasuki pasaran perpindaha­n dan cuba sedaya upaya. Kerja saya berakhir di atas padang.

“Saya suka memikirkan tentang masa sekarang. Saya tidak bimbang mengenai masa lalu. Kita berusaha sedaya upaya untuk menambah baik skuad,” katanya. - AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia