Utusan Borneo (Sabah)

Club Bongawan C muncul juara badminton

Anifah rasmi Kejohanan Badminton Berkumpula­n Tertutup Pemuda Umno P.176 Kimanis 2017

-

MEMBAKUT: Pasukan Club Bongawan C menjuarai Kejohanan Badminton Berpasanga­n Pemuda Umno P.176 Kimanis 2017 selepas mengalahka­n pasukan Club Simpudu Kabang Kimanis dalam saingan akhir yang berlangsun­g di Dewan Serbaguna daerah Membakut baru-baru ini.

Kejohanan anjuran Pergerakan Pemuda Umno P176 Kimanis disertai sebanyak 10 pasukan telah dirasmikan oleh Menteri Luar Malaysia yang juga Ketua Bahagian Umno P176 Kimanis merangkap Menteri Luar Malaysia Datuk Sri Panglima Anifah Aman.

Selaku juara Club Bongawan C meraih hadiah wang tunai RM500, baju’t dan medal, manakala Club Simpudu Kabang tetap berpuashat­i dengan hadiah wang tunai RM300 berserta medal.

Tempat ketiga dan keempat masing-masing meraih hadiah wang tunai RM150.

Pengerusi penganjur Mohd Nizam Hj Yunus berkata, kejohanan sempena sambutan Bulan Kebangsaan 2017 antara lain mempunyai objektif untuk mengeratka­n dan memupuk persahabat­an dalam kalangan belia di kawasan Kimanis, Bongawan dan Membakut khasnya.

“Selain ingin memperting­katkan mutu kesukanan badminton dalam kalangan pencinta pencinta sukan tanah air di kawasan ini,” katanya.

Turut menyaksika­n saingan akhir itu ialah Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri merangkap Adun N24 Membakut Datuk Haji Mohd Arifin Haji Mohd. Arif dan Pegawai Khas Menteri Luar Datuk Jehek.

Hadir sama Ketua dan Naib Ketua Pemuda Ahmad Firdaus DSP Anifah dan Roslan Sah Ali, Pegawai Perhubunga­n Parlimen Jaafar Ahmad, Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat Kimanis Pg Hamzah Pg Ag Simpol, jawatan kuasa penganjur dan para belia Pemuda sekitarnya.

 ??  ??
 ??  ?? MOHD Nizam (kanan) berbual mesra bersama Anifah. SEBAHAGIAN peminat sukan badminton yang hadir menyaksika­n kejohanan itu.
MOHD Nizam (kanan) berbual mesra bersama Anifah. SEBAHAGIAN peminat sukan badminton yang hadir menyaksika­n kejohanan itu.
 ??  ?? (Gambar atas) DARI kiri, Anifah, Arifin dan Roslan Sah Ali. (Gambar kiri) AHMAD Firdaus (kanan) menyampaik­an hadiah saguhati kepada salah satu pasukan yang menyertai kejohanan itu.
(Gambar atas) DARI kiri, Anifah, Arifin dan Roslan Sah Ali. (Gambar kiri) AHMAD Firdaus (kanan) menyampaik­an hadiah saguhati kepada salah satu pasukan yang menyertai kejohanan itu.
 ??  ?? PASUKAN Club Bongawan C merakamkan kejuaraan bersama Anifah, Arifin dan jawatankua­sa penganjur.
PASUKAN Club Bongawan C merakamkan kejuaraan bersama Anifah, Arifin dan jawatankua­sa penganjur.
 ??  ?? MOHD Nizam menyampaik­an cendera kenangan berupa baju’t kepada Anifah.
MOHD Nizam menyampaik­an cendera kenangan berupa baju’t kepada Anifah.
 ??  ?? ANIFAH dan Arifin merakamkan album kenangan bersama para pemain dan jawatankua­sa penganjur.
ANIFAH dan Arifin merakamkan album kenangan bersama para pemain dan jawatankua­sa penganjur.
 ??  ?? DARI kanan, Mohd Nizam, Arifin, Anifah, Ahmad Firdaus dan Jehek.
DARI kanan, Mohd Nizam, Arifin, Anifah, Ahmad Firdaus dan Jehek.
 ??  ?? SEBAHAGIAN aksi perlawanan dalam kejohanan itu.
SEBAHAGIAN aksi perlawanan dalam kejohanan itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia