Utusan Borneo (Sabah)

Cabaran Orang Kuat Wanita 2017

- Oleh VITALIS G. BINGKASAN

KOTA KINABALU: Cabaran Orang Kuat Wanita 2017 di tapak Pasar Malam Donggongon, Penampang pada 23-24 September akan turut dimeriahka­n dengan persembaha­n artis tempatan Sabah.

Kordinator pertanding­an, Roger Frederick berkata, terdapat juga acara `busking’ dan penampilan krew AtukoiFM diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutifn­ya sendiri, Dj Othoe.

“Sehubungan dengan itu kami mengalu-alukan orang ramai termasuk pengunjung pasar malam meluangkan masa berhibur sambil menyaksika­n pertanding­an Cabaran Orang Kuat Wanita yang julung kali diadakan di negeri ini,” kata Roger.

Beliau berkata demikian semasa bersama penganjur bertemu dengan penaja rasmi sistem bunyi dan lampu acara itu, Pro’Eve Events di sini pada Jumaat lalu.

Menerima kunjungan penganjur adalah pengarah Pro’Eve, Carlos.

Sambil itu, selain peserta tempatan Sabah, Cabaran Orang Kuat Wanita juga disertai peserta luar negeri.

SehinggaSa­btu,duapeserta luar negeri iaitu Radimah Mahmud, 35, dari Brunei dan Sharon Jen, 47, dari Johor adalah antara peserta yang telah mengesahka­n penyertaan.

“Peserta tempatan paling ramaidanju­mlahnyadij­angka akan terus bertambah kerana penyertaan dibuka sehingga pada hari pertanding­an sebelum acara bermula.

“Kami bukan hanya menjangkak­an tambahan penyertaan dari peserta tempatan tetapi juga dari luar negeri termasuk dari Wilayah Persekutua­n,” kata Roger.

Cabaran itu adalah anjuran Penampang Tourism Action Council (PTAC) dan AtukoiFM dengan kerjasama Majlis Daerah Penampang.

Peserta akan mengharung­i enam acara klasik sukan orang kuat iaitu Atlas Stone, Tyre Flip, Car Deadlift, Yoke Walk, Truck Pull dan Farmer’s Walk.

 ??  ?? OTHOE (kiri) dan Roger (kanan) bersama Carlos (dua dari kiri) dan staf Pro’Eve Events semasa majlis pertemuan antara penganjur dan penaja sistem bunyi dan lampu berkenaan baru-baru ini.
OTHOE (kiri) dan Roger (kanan) bersama Carlos (dua dari kiri) dan staf Pro’Eve Events semasa majlis pertemuan antara penganjur dan penaja sistem bunyi dan lampu berkenaan baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia