Utusan Borneo (Sabah)

Bola Sepak Piala Presiden Takad Nabalu

Kejohanan Bola Sepak Bawah U 21 Piala Presiden Takad Nabalu

-

KOTA KINABALU: Empat pasukan yang mewakili daerah Kudat, Kota Belud,Kota Marudu dan Pitas akan berentap dalam Kejohanan Bola Sepak Bawah U 21 bagi merebut Piala Presiden Takad Nabalu Datuk James Ratib di padang SK Timbang Dayang pada Ahad.

Kejohanan yang memasuki edisi ketiga selepas berlangsun­g di Sandakan dan Tawau sebelum ini merupakan kejohanan anjuran bersama Pertubuhan Takad Nabalu dan Persatuan Bekas-Bekas Pemain Sabah (PBBPS).

Menurut pengerusi pelaksana bagi kejohanan Zon Utara Kudat Matlan Marjan, keempat empat pasukan ini telah- pun mengesahka­n penyertaan mereka dalam kejohanan yang berlangsun­g sehari ini.

Menurut beliau, orang ramai juga berpeluang untuk menyaksika­n aksi bekas pemain Sabah antaranya Datuk James Wong, Datuk Hasan Sani, Razali Zinin, Yahya Datuk Kassim dan ramai lagi dalam perlawanan bola sepak persahabat­an bersama bekas pemain Sabah yang dilahirkan di daerah utara.

“Kita berharap orang ramai khususnya di daerah Kota Belud hadir bagi menyaksika­n perlawanan ini di samping memberikan sokongan moral kepada bakatbakat muda yang menyertai kejohanan ini,” katanya. Majlis perasmian kejohanan ini dijangka akan disempurna­kan oleh Naib Presiden FAM Joehari Datuk Ayub.

Kejohanan yang bertujuan untuk mencari dan mencungkil bakat baharu dalam sukan bola sepak dalam kalangan belia itu mendapat sambutan yang positif dari kalangan belia di negeri ini.

“Sepanjang dua edisi kejohanan yang kita anjurkan di Sandakan dan Tawau selain penyertaan menggalakk­an, kita juga melihat adanya bakat bakat muda yang berpotensi yang boleh ditonjolka­n ke peringkat lebih jauh,” katanya.

Sehubungan dengan itu Azman yang juga Pengurus Pasukan Piala Presiden Sabah berkata, pihak jawatankua­sa penilai yang terdiri daripada Stanley Chew, Haji Hazah Azrin, Razali Zinin dan Malim Surat akan menilai setaip pemain yang berpotensi dalam kejohanan ini.

“Saya berharap setiap pemain yang menyertai kejohanan ini dapat mempamerka­n permainan yang baik, berkualiti dan berdisplin bagi mempastika­n mereka dapat dipilih untuk dicadangka­n kepada Safa menjalani pemilihan lanjut bagi mewakili negeri,” katanya.

Beliau amat berterima kasih kepada Presiden Takad Nabalu yang juga Wakil Rakyat kawasan Sugud Datuk James Ratib dan jawatankua­sanya yang bukan sahaja menaja kejohanan namun turun padang bagi menjayakan kejohanan ini dapat dilaksanak­an sepenuhnya.

Dalam perkembang­an lain Azman yang juga Timbalan Presiden PBBPS berkata, persatuan tersebut juga ketika ini sedang menjalani pemilihan pemain-pemain Sabah tahun 1960-1987 bagi mewakili PBBPS ke Kejohanan Bola Sepak Jemputan Piala Sultan Ahmad Shah di Pahang Darul Makmur sempena Hari Keputeraan baginda yang dijangka akan diadakan pada 21 Oktober.

 ??  ?? MATLAN (dua dari kiri) bersama Azman, James dan Hasan menyampaik­an baju’t kepada Ketua Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Datuk Nizam Datuk Abu Bakar Titingan semasa kejohanan yang sama bagi Zon Tawau.
MATLAN (dua dari kiri) bersama Azman, James dan Hasan menyampaik­an baju’t kepada Ketua Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Datuk Nizam Datuk Abu Bakar Titingan semasa kejohanan yang sama bagi Zon Tawau.
 ??  ?? AZMAN
AZMAN
 ??  ?? PRESIDEN Takad Nabalu Datuk James Ratib, ketika melancarka­n kejohanan edisi pertama di Sandakan
PRESIDEN Takad Nabalu Datuk James Ratib, ketika melancarka­n kejohanan edisi pertama di Sandakan
 ??  ?? SEBAHAGIAN daripada bekas bekas pemain Sabah ini dijangka akan beraksi dalam perlawanan persahabat­an bola sepak bersama bekas bekas pemain Sabah yang dilahirkan di Utara pada kejohanan kali ini.
SEBAHAGIAN daripada bekas bekas pemain Sabah ini dijangka akan beraksi dalam perlawanan persahabat­an bola sepak bersama bekas bekas pemain Sabah yang dilahirkan di Utara pada kejohanan kali ini.
 ??  ?? JOEHARI
JOEHARI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia