Utusan Borneo (Sabah)

Universiti adalah tempat untuk berfikir

-

LABUAN: Dekan Fakulti Komputeran dan Informatik (FKI) Prof Madya Dr Ag Asri Ag Ibrahim telah mengadakan perjumpaan dengan pelajar baharu FKI UMS Kampus Antarabang­sa Labuan (UMSKAL) Sesi 2017/2018 pada Jumaat lalu.

Perjumpaan­ituyangdia­dakan di Podium D, Bangunan Menara itu dihadiri 75 pelajar Tahun Satu Fakulti Komputeran dan Informatik (FKI).

Turut hadir, Timbalan Dekan (Hal Ehwal Pelajar) FKI Dr Zamhar Iswandono Awg Ismail dan pensyarah.

Ag Asri berkata universiti adalah tempat untuk pelajar berfikir semua perkara termasuk berfikir dahulu sebelum melakukan sesuatu yang tidak mendatangk­an manfaat kepada mereka.

Ia kerana, katanya, sepanjang pengajian tiga hingga empat tahun di universiti, pelajar akan terus didedahkan dengan perkara baharu yang memerlukan mereka memerah otak untuk berfikir.

“Pelajar kena terus berusaha gigih bukan sahaja untuk mendapat keputusan cemerlang tetapi juga memikirkan masa depan selepas menamatkan pengajian kelak,” katanya.

Beliau berharap pelajar sentiasa meminta pandangan dan nasihat pensyarah selaku mentor mereka khususnya yang berkaitan akademik.

Katanya, kegagalan pelajar untuk berinterak­si secara berterusan dengan pensyarah akan mengakibat­kan mereka lambat mendapat ilmu berkaitan kursus yang mereka ambil di FKI.

Ag Asri turut meminta pelajar supaya berusaha lebih gigih meningkatk­an imej FKI dan UMS secara keseluruha­nnya di peringkat negeri, kebangsaan mahupun antarabang­sa dalam pelbagai bidang.

Pelajar terbabit akan mengikuti pengajian dalam bidang Teknologi Multimedia (HC12) dan Komputeran Perniagaan (HC13).

 ??  ?? PELAJAR baharu FKI merakam kenangan bersama Ag Asri (kanan).
PELAJAR baharu FKI merakam kenangan bersama Ag Asri (kanan).
 ??  ?? AG Asri (tengah) dan Zamhar (duduk) memerhatik­an pensyarah FKI, Dr Joe Henry memperkena­lkan diri.
AG Asri (tengah) dan Zamhar (duduk) memerhatik­an pensyarah FKI, Dr Joe Henry memperkena­lkan diri.
 ??  ?? PENSYARAH FKI bersama Ag Asri (tiga kanan).
PENSYARAH FKI bersama Ag Asri (tiga kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia