Utusan Borneo (Sabah)

Lebih 400 sertai ‘Merdeka Run De Sahabat 2017’

- Oleh YAP SIONG HAN

KOTA KINABALU: Lebih 400 orang menyertai ‘Merdeka Run De Sahabat 2017’ bertempat di Felda Residence Sahabat Lahad Datu sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-60.

Penyelaras program Yandy Merika berkata, program larian kali kedua dianjurkan itu membabitka­n tiga kategori dipertandi­ngkan iaitu lelaki dan perempuan terbuka serta murid 12 tahun ke bawah.

“Ini adalah program anjuran Sekolah Kebangsaan (SK) Sahabat 16 Lahad Datu membabitka­n larian sejauh 10 kilometer (km) dan melalui beberapa kawasan perkampung­an Felda Sahabat.

“Program ini juga satu lapangan dan medan terbaik untuk peserta mengembang­kan bakat mereka dalam bidang sukan larian di samping menanam semangat patriotik.

“Saya berharap program larian ini akan dapat membantu mengembang­kan semua aspek potensi peserta yang berteraska­n semangat kesukanan ke arah pembinaan dan pengukuhan sahsiah,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Isnin.

Selain itu, tambahnya, program itu diharap mampu mengeratka­n tali silatuhrah­im para peserta dari seluruh pelosok negeri Sabah,” katanya.

Dalam pada itu, Yandy berkata, larian itu juga mahu menyemarak­kan semangat cintakan tanah air yang mantap dan setia bagi menjunjung kedaulatan negara.

“Sudah pasti, kami juga ingin memperkena­lkan Felda Sahabat sebagai sebuah tempat yang sesuai untuk menganjurk­an kejohanan larian di negeri ini,” katanya.

Terdahulu, kesemua peserta dilepaskan oleh Pengurus Felda Residence Sahabat Abdul Rahman Panandrang dan turut dihadiri Guru Besar SK Sahabat 16 Jannah Madullah.

Kesemua pemenang bagi setiap kategori menerima hadiah wang tunai RM500 (johan), RM300 (naib johan), RM200 (ketiga) dan RM50 bagi pemenang tempat keempat hingga ke-10.

Majlis perasmian dan penyampaia­n hadiah disempurna­kan Timbalan Pengerusi Lembaga Pembanguna­n Perumahan dan Bandar Negeri Sabah Saleha Abdul Wahid.

 ??  ?? SALEHA (berdiri, dua kiri) merakamkan gambar kenangan dengan para pemenang.
SALEHA (berdiri, dua kiri) merakamkan gambar kenangan dengan para pemenang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia