Utusan Borneo (Sabah)

Penguatkua­sa nyaris dilanggar

Kenderaan dipercayai dipandu ‘lanun darat’

- Oleh AMIR ANUAR

“Dalam operasi kali ini, kita mengadakan sekatan jalan di kedua-dua arah, iaitu menghala ke Bandar Tawau dan jalan menuju ke lampu isyarat Balung. A GHANI KERUPUT Pegawai AADK Tawau

TAWAU: Sepasukan anggota pasukan penguatkua­sa nyaris dilanggar oleh sebuah kenderaan pacuan empat roda yang disyaki dipandu oleh seorang ‘lanun darat’.

Insiden itu berlaku semasa lebih 30 penguatkua­sa dalam Ops Bersepadu AADK Tawau sedang menahan dan memeriksa kenderaan di Jalan Balung di sini, antara jam 7 dan 10 malam Sabtu.

Operasi disertai Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), polis, Jabatan Pengangkut­an Jalan, Jabatan Imigresen Malaysia dan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia.

Utusan Borneo yang turut menyertai operasi itu difahamkan kenderaan pacuan empat roda itu dipecut laju susulan penahanan penumpangn­ya di kawasan terbabit.

Pada awalnya, kenderaan itu ditahan untuk pemeriksaa­n kerana mencurigak­an dan dipercayai menjalanka­n aktiviti pemerdagan­gan manusia menerusi laluan darat.

Difahamkan, penumpangn­ya terdiri daripada warga asing yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri namun diturunkan beberapa meter lebih awal sebelum kenderaan itu melalui kawasan sekatan jalan.

Semasa hendak diperiksa oleh pasukan penguatkua­sa, kenderaan itu yang sudahpun berhenti pada awalnya secara tiba-tiba dipecut laju melepasi sekatan jalan yang diadakan.

Pegawai AADK Tawau A Ghani Keruput berkata berdasarka­n maklumat yang diterima, kawasan jalan itu dipercayai salah satu ‘laluan popular’ aktiviti pemerdagan­gan

manusia.

“Dalam operasi kali ini, kita mengadakan sekatan jalan di kedua-dua arah, iaitu menghala ke Bandar Tawau dan jalan menuju ke lampu isyarat Balung,” katanya di sini pada Ahad.

Beliau berkata tujuan operasi itu mengesan penagih dadah serta kesalahan jenayah yang lain termasukla­h pengedaran dadah dan penyeludup­an manusia.

A Ghani berkata, seramai 53 lelaki diperiksa melalui ujian awal saringan air kencing dan seramai empat lelaki berusia 19 hingga 40 tahun dikesan positif metampheta­mine.

”Kesalahan lain diserahkan kepada Imigresen untuk tindakan lanjut berhubung tahanan yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri, manakala polis berkaitan rampasan senjata seperti bedik dan buku lima, serta sebuah kenderaan mencurigak­an,” katanya.

 ??  ?? SEKATAN jalan dilakukan dari kedua-dua arah Jalan Balung.
SEKATAN jalan dilakukan dari kedua-dua arah Jalan Balung.
 ??  ?? A GHANI mengetuai Ops Bersepadu AADK Tawau yang dijalankan buat pertama kalinya di Jalan Balung.
A GHANI mengetuai Ops Bersepadu AADK Tawau yang dijalankan buat pertama kalinya di Jalan Balung.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia