Utusan Borneo (Sabah)

Sikap bertolak ansur memperkuku­h perpaduan

Memupuk sikap ini perlu diterap dalam diri masyarakat sejak dari kanak-kanak

-

BINTULU: Sikap bertolak ansur antara pelbagai kaum dapat memperkuku­h perpaduan sekali gus memantapka­n ikatan masyarakat pelbagai kaum di negara ini.

Ahli Parlimen Bintulu Datuk Seri Tiong King Sing berkata memupuk sikap tersebut perlu diterap dalam diri masyarakat sejak dari kanak-kanak sehingga dewasa.

Katanya, anak-anak perlu diajar bercampur gaul dengan pelbagai kaum supaya mereka dapat hidup harmoni dalam masyarakat pelbagai kaum di negara ini.

“Perpaduan bukan sahaja perlu diterap dalam keluarga di rumah malah dalam sebuah negara,” katanya pada perasmian Kempen Kibar Jalur Gemilang sempena sambutan Minggu Perpaduan Peringkat Bahagian Bintulu di sini, pada Ahad.

Turut hadir Pengerusi Jawatankua­sa Permuafaka­tan KRT Bahagian Bintulu Herman Lanying serta pengerusi KRT di sini.

Beliau berkata hari ini kita dapat melihat hanya segelintir mempunyai rasa cinta terhadap negara sepenuhnya daripada dalam hati dan selebihnya hanya slogan.

“Ini satu perkara serius apabila melihat sesetengah generasi muda tidak mahu ambil peduli isu perpaduan dan semangat cinta negara sebaliknya mereka memikirkan mampu hidup seorang diri tanpa memerlukan orang lain,” jelasnya.

Justeru, perlu diperbanya­kkan aktiviti berbentuk perpaduan dan cinta negara kerana kita hidup dalam masyarakat pelbagai kaum dan membina negara terus bersatu padu.

Katanya, perpaduan kalangan generasi muda perlu dipupuk dan dipertingk­at sekali gus menuntut Kawasan Rukun Tetangga (KRT) berperanan menjalanka­n tanggungja­wab mereka.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Sarawak Esther Dingkawan berkata pejuang terdahulu bersusah payah membebaska­n negara daripada cengkaman penjajah maka keamanan dan perpaduan perlu dipertahan­kan.

Katanya, satu caranya ialah dengan mengibar Jalur Gemilang dan menanam rasa cinta kepada negara memandangk­an JPNIN amat prihatin mengenai kurangnya penglibata­n rakyat mengibar Jalur Gemilang.

Justeru, beliau menyeru KRT proaktif dengan terus terlibat dalam aktiviti keselamata­n, pemupukan perpaduan dan keharmonia­n kaum bermula di peringkat kanak-kanak.

Dalam perkembang­an lain, Pegawai Perpaduan Bahagian Bintulu Diana Seliman berkata kempen itu diadakan sejak 1 Ogos dan berakhir 10 September untuk 14 KRT di sini.

Ia bagi menyemarak­kan dan memperkuku­h perpaduan dalam kalangan komuniti di sini termasuk melibatkan kanak-kanak dalam acara sukaneka bertemakan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia.

“Acara diadakan bukan sahaja memeriahka­n sambutan Hari Kebangsaan malah menerap semangat patriotism­e dalam kalangan kanak-kanak sehingga kepada KRT,” katanya.

Tiongturut­mengumumka­n peruntukan RM10,000 untuk membantu membiayai aktiviti dilaksanak­an melibatkan KRT terbabit.

“Perpaduan bukan sahaja perlu diterap dalam keluarga di rumah malah dalam sebuah negara. ” DATUK SERI TIONG KING SING Ahli Parlimen Bintulu

 ??  ?? TIONG (tiga kiri) menyampaik­an hadiah kepada KRT Kampung Penan Muslim Batu 10 yang muncul johan Pertanding­an Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat KRT Bahagian Bintulu.
TIONG (tiga kiri) menyampaik­an hadiah kepada KRT Kampung Penan Muslim Batu 10 yang muncul johan Pertanding­an Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat KRT Bahagian Bintulu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia