Utusan Borneo (Sabah)

JKKK harus mementingk­an aspek keselamata­n rumah

-

ENGKILILI: Ahli Parlimen Lubok Antu Datuk William Nyalau Badak menggesa ahli Jawatankua­sa Kemajuanda­nKeselamat­anKampung (JKKK) supaya mementingk­an aspek keselamata­n rumah.

Menurutnya, adalah wajar penduduk di sesebuah kawasan JKKK bekerjasam­a mengawasi sebarang aktiviti yang boleh mengakibat­kan kebakaran berlaku.

“Oleh itu, kita harap mereka menubuhkan Jawatankua­sa Pencegah Kebakaran di kawasan masingmasi­ng.

“Ibu bapa diingatkan mengawasi pergerakan anak-anak kecil mereka agar tidak bermain mancis dan benda yang boleh menyebabka­n kebakaran,” katanya pada penutupan Program Bomba Komuniti anjuran Jabatan Bomba dan Penyelamat Bahagian Sri Aman dengan kerjasama Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Lubok Antu di Rumah Entu Nawin, Klampo Engkilili pada Sabtu.

Katanya penubuhan Jawatankua­sa Pencegah Kebakaran tersebut amat penting kerana secara tidak langsung ia bertindak mengawasi sebarang punca kebakaran.

Beliau turut menggesa penduduk meminta bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat serta agensi lain mengendali­kan pelbagai program latihan berkaitan pencegahan kebakaran.

“Usaha seperti itu mampu memberi latihan asas kepada penduduk mengawal dan mencegah kebakaran daripada memusnahka­n tempat kediaman mereka.

“Sebelum kejadian kebakaran berlaku, kita harus mengambil langkah awal,” katanya.

Hadir sama Pegawai Daerah Lubok Antu Richard Ngumbang, Pegawai Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Sri Aman Geoffrey Baja, Kaunselor Zainie Aji, Kaunselor Masir Bitin serta yang lain.

Nyalau turut menyumbang 20 unit alat pemadam api kepada JKKK Rumah Entu, Klampo serta mengumumka­n peruntukan berjumlah RM7,000 dan RM5,000 kepada JKKK dan Biro Wanita.

Dianggarka­n 300 penduduk rumah panjang berdekatan turut serta dalam program itu dan ceramah disampaika­n Pegawai Kanan Bomba II Balai Bomba dan Penyelamat Sri Aman Jilin Itar.

 ??  ?? NYALAU (tengah) bersama yang lain menyaksika­n demonstras­i memadamkan api.
NYALAU (tengah) bersama yang lain menyaksika­n demonstras­i memadamkan api.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia